Sunday, December 14, 2008

Kumpulan Terakhir Kursus PTK DG44 Dis 2008

Alhamdulillah,
aku dah pun selesai menghadiri kursus ptk dg44... setiap apa yang kita lalui berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kita tempuhi dengan penuh keyakinan dan positif insyaallah akan wujud keseronokan....
sebelum berkursus aku dengar macam-macam tapi bila lalui sendiri... alhamdulillah.... ok je. banyak ilmu baru aku perolehi. pelbagai cabaran... dengan public speaking, persembahan individu, persembahan kumpulan dan ujian akhir kursus.
Sebelum mengikuti kursus aku dahpun diduga terlebih dahulu apabila aku ditempatkan di Melaka tetapi bila sampai di sana nama aku tiada tapi di tempatkan di Kuala Lumpur.... aku berpatah balik ke KL.... semasa taklimat kumpulan B aku dilantik pula sebagai ketua PK 8...
Roomate aku kak Zunaidah dari SMK Sulaiman Bentong Pahang.. aku berjumpa dengan abang tan dan isteri kak pauzan, coursemate semasa di UM cikgu siti noor, dan coursemate di maktab penang.. cg hanani... dan seronok dapat kenalan baru cg bahariah baharam, cg ruzlin abd ghafar dan ramai lagi

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang membantu secara langsung dan tidak lan gsung... kak honey, cg ibrahim, kak ruziah library, cg hasliza, kak rahmah dan lain-lain....