Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 30, 2009

Hari Orientasi Ting.1 tahun 2010

Telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 31 Disember 2009 bersamaan hari Khamis di Dewan Mutiara Bestari, SMK Sungai Pusu.Aku terlibat sebagai penyambut tetamu bersama Pn Noriza Ali... Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar & tahniah kpd penyelaras ting. 1 Pn Marzuria serta AJK lain yang terlibat. Nampaknya kehadiran pelajar untuk mengesahkan kemasukan ke tingkatan 1 tahun ini agak ramai...semua pelajar yang hadir juga menerima bantuan buku teks... semoga pelajar yang kekal di SMK Sungai Pusu untuk menuntut ilmu di sini akan terus berjuang dengan gigih selepas kejayaan dalam UPSR yang lalu.... semoga menjadi pelajar yang berjaya , cemerlang dan berakhlak mulia...

Friday, December 25, 2009

Wednesday, December 23, 2009

Mesyuarat Guru Kali 1 bagi tahun 2010

Rabu, 23/12/09 jam 8.30am di bilik mesyuarat telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 74 orang guru sahaja kerana 6 orang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Semua guru yang hadir begitu teruja menerima bahan edaran yang mencatatkan agihan tugas bagi tahun 2010...termasuk aku..apa taknya... waktu pengetua dan barisan penolong kanan menyampaikan taklimat masing-masing, ramai yang masih menatap bahan edaran... sambil mendengar taklimat... esok merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh ramai guru.... apa lagi result PMR 2009.... kali pertama keluar sebelum krismas kalu tak silap.... Harapan aku agar ramai pelajar berjaya dengan cemerlang...dan ramai lagi dapat A...Insyaallah.

Tuesday, December 15, 2009

Monday, December 14, 2009

Percutian Keluarga di Lumut Perak


Bersama suami tersayang....

Sambutan Hari Jadi & Persaraan di Marina Cove Resort

Sukaneka & Barbeque di Marina Cove Resort




Pelbagai acara diadakan untuk kategori kanak-kanak dan dewasa... aku hanya jadi jurugambar je....anak-anak aku seronok dgn game yang ada.... Haziq paling seronok kerana dapat paling banyak hadiah...husband aku pun join acara.....aku masuk acara akhir bagi wanita dewasa...apa lagi tarik tali le... masuk kumpulan kuat apa lagi jadi juara le.... jam 8.15pm berkumpul untuk barbeque... sblm 2, En Hussin sempat mengumpulkan semua ahli keluarga untuk bergambar beramai-ramai sbg tanda kenangan.. majlis dimula dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, hadiah persaraan en aziz dan harijadi untuk suami aku.... wow disambut beramai-ramai tanpa pengetahuan suami aku.... jamuan dan karoke....first time husband aku mendapat cabutan bertuah.... gembiranya dia..dapat rice cooker ... ok le tu... Anyway Happy Birthday 2 my husband....bila ye...lebih kurang seminggu lagi rasanya.... thank kak ros kerana buat kejutan kat husband .... kalau dia tau mesti tak nak punya....

Percutian ke Pangkor




Pada Sabtu 12/11/09, selepas sarapan kami sekeluarga menaiki kereta menuju ke Pekan Lumut untuk ke Pulau Pangkor... Alhamdulillah hajat aku nak bawa anak-anak menaiki feri tercapai juga akhirnya.... tq to my hubby kerana change his mind... alang-alang sampai kat Lumut pergi le ke Pangkor... Kami menaiki feri jam 9.00am..semasa di feri anak aku kelihatan takut-takut, maklumlah tak pernah naik.... tapi aku berpeluang bawa anak-anak aku berjalan dan ambil angin di bahagian depan feri...mula-mula takut tapi lepas tu tak nak pindah balik ke tempat duduk...mula rasa seronok.. lebih kurang 1/2 jam feri pun berlabuh.... kami hanya meninjau pekan kecil dan membeli sehelai dua baju sebagai kenangan... aku ajak suami sewa van dan pusing pulau dia tak mau.... nak buat cam mana.... ikut je...kesian anak-anak.. kami bertolak balik lebih kurang jam 11am dan sampai di jeti sempat membeli sedikit makanan untuk dibawa pulang....sampai hotel waktu makan tengahari...apa lagi makan le..... petang nanti jam 4.00pm di adakan sukaneka...anak2 merengek nak mandi kolam.... tapi kami kepenatan.... rehat je le....

Hari Keluarga di Marina Cove Resort Lumut, Perak


Alhamdulillah penantian anak-anak ku untuk bercuti ke Lumut Perak akhirnya tercapai...kami sekeluarga menginap di Marina Cove Resort selama 3 hari 2 malam. Bertolak dari Gombak pukul 7.15am pada 11/12/09 ke R&R Rawang ( Check Point 1) untuk bersama dengan ahli keluarga telekom yang lain. Seterusnya singgah di R & R Ldg Bikam dan berkumpul pula di R&R Hutan Melintang di Bidor.Seterusnya perjalanan selama lebih kurang sejam sampai ke destinasi... Selepas sampai setiap keluarga check in ke bilik masing-masing.. golongan lelaki beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat jumaat manakala spesis perempuan & kanak-kanak berehat dan makan tengahari dgn bekalan yang dibawa.. lebih kurang jam 2.30 pm aku, suami dan anak2 ke taman tema marina cove untk mandi-manda...masuk kena bayar dgn less 30% utk 4 org je sb menginap di marina...ok le...yang penting anak-anak ku gembira.. aku tak mandi tapi jadi jurukamera & video je... kegembiraan jelas terbayang di wajah anak-anak ku...mereka mandi sampai jam 5.30pm dan sambung mandi di kolam hotel hingga jam 6.00 petang.. lepas tu kena get ready untuk makan malam jam 7.30pm... lepas makan jalan sekitar hotel dan naik ke bilik.... ape lagi.... bummm le..penat.