Monday, October 29, 2007

Seminar Mata Pelajaran Tenik dan Vokasional 2007

Pada Khamis 1 November, bertempat di SMK Bandar Baru Sungai Long..... mulai jam 9.00am-4.30pm.... belum gi lagi....tak tau nak komen ape... mudah-mudahan mendapat ilmu yang berguna.....

Saturday, October 27, 2007

Sabtu, 27 Oktober 2007

Sekolah ganti sempena cuti hari raya aidil fitri...... pelajar ramai yang tidak hadir.... guru2 di bilik guru A membawa makanan...juadah hari raya....sekolah ditamatkan pada jam 12.30pm....

4.00pm pergi ke open house kak maznah hillcrest di samudera.... on the way balik.... myroomate call.... kak ngah nak datang beraya.... kami tak sedia apa2 sebab dia kata nak datang esok....

sampai di rumah kak ngah, bang lang, dan imran serta keluarga masing2 dah ada.... nasib baik bibik ada.... siapkan makanan dan minuman...

maghrib datang pula kaklong, dan induk serta makteh sekeluarga dari rembau..... gamat seketika.....9.00pm mereka balik... kak teh tidur di rumah....

tak jadi aku ke rumah cikgu ida..... open house dia.... tapi aku dah pun sampaikan pesan kat kak honey.....

walau pun agak kelam kabut tapi seronok juga... alhamdulillah akhirnya mak teh sampai kat rumah aku....

Ahad, 21 Oktober 2007

Pagi aku bersedia menyiapkan sarapan pagi......

9.30 am Farah sampai dari kampung dihantar oleh abang atan teksi....singgah minum2.....

Seperti kebiasaannya, di pagi ahad, aku dan myroomate pergi ke pasar pagi...... walaupun semalam kami telah pun ke pasar borong selayang..... cuci mata , jalan-jalan dan cari surat khabar....

Balik dari pasar....makcik zainab dan kak rosni datang beraya......makan sambil borak2.

Makan sambil lepak2 di depan..... dino, bb dan damia datang beraya... dino tak lupe bawa pisang yang ditanam di belakang rumah di puncak alam.... makan dan borak2... joe, niza dan baby na datang..... cucu saudara yang dah pandai pun tersenyum.... makan2 dan rehat sampai petang

Wednesday, October 17, 2007

keistimewaan hari raya di lipat kajang

Tahlil kubur pada hari raya kedua.......

jarang ditemui di tempat lain...... sanak-saudara berkumpul menziarahi pusara mereka yang telah pun pergi..... ibu, ayah, atok , wan, suami, anak2...... yang dikasihi....

hari ini kita menziarahi mereka.... suatu hari nanti kita juga di sini..... diziarahi oleh anak cucu kita.... moga anak cucu kita tidak lupa....

sebagai orang tua..... kita wajar meneruskan tradisi ini semoga menjadi ikutan anak cucu kita.... al fatihah buat mereka yang telah pergi...

Hari raya di Lipat Kajang Temerloh....

Alhamdulillah... syukur kerana tahun ini dapat berkumpul lagi bersama keluarga di kampung... menyambut syawal yang mulia.. abang zubir, abang tan , atam termasuk kami sekeluarga berkumpul di rumah emak.... cuma kasihan abang min kerana isteri dan anak2 beraya di tempat lain. mak we @ kak yah juga bersama anak2 dan menantu baru... abang tak balik kg dan beraya di UK manakala joe sekeluarga bersama isteri dan anak ke perak... Paling menyeronokkan melihat anak-anak ku along sofea, angah faris, alang adila dan Haziq bersama-sama sepupu-sepupu bermain bunga api ..... eicha, eina, izati, haikal, ain dan tak lupa sikecil yang nakal taufik hidayat.... moga peluang ini aku perolehi lagi pada tahun akan datang....