Thursday, November 19, 2009
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Pusu 2009
Hari ini merupakan hari bersejarah buat aku dan suami...pada hari ini, Khamis 19 nov 2009, aku mengambil cuti rehat khas sempena Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung di sekolah anak aku..SK Sungai Pusu, sebagai tanda sokongan di atas pencapaian mereka...jika ada aktiviti-aktiviti lain sebelum ini, aku jarang sekali dapat hadir kerana aku juga guru .... tidak dapat bercuti sewenang-wenangnya. Alhamdulillah aku gembira kerana Haziq si bongsu , Angah Faris dan juga Kak long Sofea dapat tempat pertama, manakala Alang Adila tempat ke tiga..tak pe alang, kasih sayang ibu tetap sama, kedudukan di dalam kelas mahupun aliran sekadar nombor, tapi paling utama pencapaian dapat dipertingkatkan... ia merupakan bonus buat kalian dan juga ayah... paling utama, ibu ingin anak-anak ibu menjadi anak yang patuh perintah Allah dan kedua ibu bapa...walaupun ibu bukan seorang ustazah atau ustaz , dan cetek ilmu agama, tetapi didikan orang tua tetap jadi ikutan dan renungan, terima kasih buat arwah abah...yang banyak meninggalkan ilmu dan panduan... terima kasih tidak terhingga aku kepada suami yang banyak memantau pendidikan anak-anak di rumah... walaupun abang bukan seorang guru..
Pada hari ini juga kami dihadiahkan dengan kejayaan 5A dalam UPSR oleh anak sulung ku... Alhamdulillah.. semoga kejayaan ini menjadikan anak aku lebih bersyukur kepada Mu.. ya Allah jauhkan sifat bangga diri dan riak serta takbur dari anakku ini..Amin.
Wednesday, November 18, 2009
Saturday, November 14, 2009
Friday, November 6, 2009
Hari Graduasi 2009
Tahniah kepada semua AJK Hari Graduasi 2009 kerana majlis berkenaan telah berjalan dengan jayanya. Buat Kak Norriah (Pengarah Program), Shakirah & the geng pengacara, Rozita & Syarifah Haniza serta krew2 persediaan pentas, Norlailatul ketua bhgn jamuan , Rosdi & Yan serta krew2 , Aishah, Zu, Ros dan lain2..... Well Done!
Subscribe to:
Posts (Atom)