Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha 2010







Rabu, 17 Nov 2010 Sambutan Hari Raya Aidil Adha .... kali pertama di rumah baru, alhamdulillah. Persiapan yang ringkas... nasi impit kuah kacang, rendang ayam pencen & pulut kuning menjadi juadah di pagi raya. Semua ahli keluargaku bersolat raya di Masjid Ar-Rahimah Greenwood jam 8.15 pagi, selesai bersolat dan mendengar khutbah aidil adha, aku, kedua2 anak perempuan & Mas Hatijah terpanggil untuk menyaksikan majlis pengislaman saudara baru Cik Nor Aisyah Abdullah yang berketurunan cina yang berlangsung sekitar 10 min selepas solat... Alhamdulillah kerana seorang lagi hambaNya diberi hidayah untuk menjadi umat Muhammad SAW.


Selesai majlis kami balik ke rumah, kami sekeluarga bersalam-salaman. Semoga tradisi ini berterusan dalam keluargaku. Selesai sahaja , kami bersama2 mengadap juadah dan berkemas untuk berhari raya di rumah keluarga mertuaku di Kg Sentosa Jln Klang Lama. Sebelum bertolak acara wajib dalam keluarga ku..berposing utk kenangan2..

Buat kali pertama selepas arwah ibu mertuaku meninggal, kami menyambut hari raya Aidil Adha bersama-sama. Semua berkumpul di rumah kak long... kak long sekelurga, kak teh, imran sekeluarga, dino & keluarga, imran & keluarga, Aku & keluarga, Kak Ngah & keluarga. Bang Lang & keluarga x hadir kerana bertugas... walaupun tidak semua sekurang2nya, hubungan keluarga kelihatan kembali bertaut semula.... semoga hubungan kekeluargaan ini akan kembali ceria seperti dahulu... mak cik maimon isteri baru abah turut datang ke rumah kak long berjumpa kami semua... sepatutnya kami yang datang berjumpa dia, semoga keikhlasan beliau terhadap abah akan dapat diterima semua keluarga... semoga hubungan beliau dgn abah akan terus kekal sehingga akhir hayat dan sentiasa dirahmatiNya.

Ya Allah aku mohon diberi kekuatan agar aku mampu menjadi hambaMu yang sabar dengan pelbagai karenah manusia di sampingku... jadikan aku tidak sombong dan bongkak dengan apa yang aku ada, tidak menjadi manusia yang dengki terhadap apa yang orang lain ada, jadikan aku ikhlas & amanah dalam menjalankan kehidupan ini ... jadikan aku pemurah dengan rezeki yang diberikan Mu dan berikan aku rezeki yang banyak lagi halal, berikan aku kesihatan yang baik dan semua ahli keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmatMU .... AMIN.

Tuesday, November 16, 2010

HiTea SMKSP 2010






Telah diadakan di Hotel Grand Season KL pada 13 Nov 2010 dengan kehadiran warga guru & Staf SMKSP, AJK PIBG dan mantan pengetua Tn Hj Abd Karim.

Majlis Anugerah Cemerlang SK Sungai Pusu 2010




Tahniah buat anak2 ibu & ayah yang masih berjaya mengekalkan prestasi masing-masing walau pun sedikit merosot pada tahun ini... semoga kekurangan ini diperbaiki dengan usaha yang berganda semasa cuti akhir tahun dan di sesi baru persekolahan tahun hadapan. Harapan ibu & ayah anak2 ibu akan cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga sahsiah & agama. Ibu sayang semua, Amir Faris(8), Nur Amira Adila(3) & Amir Haziq (2).

Tahniah juga buat angah yang berjaya mendapat 8A dalam UPKK tahun ini ..semoga berjaya mendapat mumtaz dalam PSRA tahun depan.

Wednesday, November 10, 2010

Family Day De Village Qtn Phg







Berlansung selama 3 hari 2 malam di De Village mulai 5-7 Nov 2010. Seramai 25 anggota TM & family msg2 terlibat.

Majlis Graduasi 2010






1.45pm, Khamis 4 Nov 2010, Perangsang Golf & Templer Resort, Rawang
Perasmi: Pn Patifah Shamsuddin ,Timbalan PPD Gombak.

Friday, October 22, 2010

Mesyuarat PBS di Pangkor Coral Bay Resort






Kali kedua aku dipanggil ke mesyuarat di negeri Perak tahun ni. Alhamdulillah disediakan pengangkutan bas... lebih relaks berbanding drive sendiri walaupun ambil masa yang lama. Sesekali naik bas macam ni memang menyeronokkan. Apa yang kurang menyeronokkannya ialah kena bawa mcm-mcm dokumen, beratnya beg aku... laptop,dll mcm cekadak... kali pertama dulu aku beli macam2 tapi kali ni aku beli sedikit makanan laut kering je sebagai buah tangan untuk family di rumah. Apa pun ini kali pertama aku menginap di resort ini. Alhamdulillah, housemate aku ok2 belaka.... kak pah yang pandai bercerita lucu, kak izan yang manja, kak rosni yang friendly.... cuma kali ini aku dan group KHB PK langsung tak berkesempatan duduk semeja macam dulu, bersapa di cafe, dlm lif, di jalan dan ada kesempatan sambil2 masa berbengkel... walauapapun... tetap menarik untuk dijadikan kenangan....

19 -21 Okt 2010

Saturday, September 25, 2010

Program Sentuhan Pakar KHB 2010






Terima kasih tidak terhingga buat guru cemerlang KHB Daerah Gombak, Cikgu Jamil Ghafur Khan yang sudi memberikan tips2 buat pelajar tingkatan 3 SMK Sungai Pusu yang akan menduduki PMR pada 5 Oktober 2010 nanti. Buat semua guru KHB iaitu Pn Nurlailatul Badriah ( Ketua panitia), Pn. Mariza, Pn Hazlina, Pn Noorain, Pn Nurul Aini, Pn Norzila, Cik Junainah dan Pn Suazlinda yang hadir semasa majlis dan telah menjalankan tugas masing-masing dengan sangat baik, diucapkan jutaan terima kasih , semoga prestasi kerja dan cara bekerja berpasukan yang diamalkan akan diteruskan. Semoga KHB pada tahun ini berjaya mencatat pencapaian 100%.

Program Perkampungan PMR 2010



Berlangsung selama 3 hari 1 malam mulai khamis 23/9 hingga 25/9. Semua pelajar muslim bermalam di asrama pada jumaat mlm sabtu. Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kebaikan rakan-rakan dalam melaksanakan tugas yang diberi dibalas oleh Allah dengan kebaikan berganda .

Majlis Solat Hajat & Mohon Restu PMR 2010

Tuesday, September 21, 2010

Saturday, September 18, 2010

Tahlil Kubur






Program tahlil di tanah perkuburan merupakan tradisi turun temurun di kampung kesayangan ku Kg Lipat Kajang..... memori aku duduk berbaris dengan membawa beg plastik ( jabe ) untuk diisi beras dan syiling ketika itu tak mungkin terpadam... indahnya saat-saat aku balik dan mengira duit yang ada di dalam beras.... tapi kini tiada lagi beras, yang ada wang syiling dan kertas...zaman sudah berubah... apa pun tradisi ini wajar dipertahankan

Raya di rumah kak long 2010