Wednesday, January 27, 2010
Tahniah...buat Joe & Niza
Alhamdulillah, hari ini aku turut menerima tempias kenaikan pangkat sebagai wan kepada cucu saudaraku yang bertambah dari 5 kepada 6 orang.... tahniah buat ibu bapa baby boy yang baru dilahirkan di PPUM PJ petang tadi Joe & Niza...akhirnya setelah 2 orang puteri dapat putera juga... cucu putera sulong dalam keluarga kakak ku... bertambah meriah keluarga.... harap-harap cucu yang bakal lahir mac nanti baby boy jugak... baru ada kawan.... Cantik nama baby boy " Ammar Saifuddin Ehsan"
Saturday, January 9, 2010
Gambar kenangan semasa di kelas 5 PM tahun 1986 yang lalu... antara nama-nama rakan yang masih terlekat dalam kepala ialah salmi, asri, manisah, hanim aribah, puteri raslinda, rosilawati, anwar, mazli, hasruddin, gettha, khoo shuey jen, rashidi, azam... yang lain tu lupe lak.... maklumlah dah lebih 20 tahun meninggalkan sekolah....
Monday, January 4, 2010
Hari Pertama Persekolahan Tahun 2010
Isnin 4 Jan 2010 merupakan hari pertama sesi persekolah tahun 2010.Rutin aku sekeluarga berubah kembali....anak sulungku memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah di tempat aku mengajar manakala anak kedua ku kesekolah sk sg pusu di sesi pagi. anak ketiga dan keempat pula di sesi petang. Tq buat husband kerana sanggup mengambil cuti selama 2 hari bagi menguruskan persekolahan anak-anak di awal tahun...itu hikmahnya aku bersuamikan bukan guru....mudah untuk memohon cuti...kalau tidak terpaksa berbahagi cuti...semoga sesi baru persekolah ini akan memberi semangat untuk lebih berjaya menjadi insan yang berguna...AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)