Friday, April 30, 2010
Our Bos.....
Our bos... En Abdul Rashid, En Mohd Said (PPD), En Jamil (KPN), Ustad Rosdi Abdullah rakan KPKw PI...
Mesyuarat Penyelarasan Penskoran PBS PMR 2010
Telah berlangsung selama 3 hari bermula 28 - 30 April 2010 bertempat di Regency Hotel Kuala Lumpur. Roomate aku Kak Rosni Khamis dr SMK Bandar Baru Sg Buloh.... seorang guru yg sangat komited dan cemerlang dlm tugasan.. seronok dapat berkongsi pelbagai perkara... dgn seorg yg tidak berkira...
Kesempatan ini kami dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan KPKw yang lain ... yang lama dan ada yang baru.... tahniah buat semua.. tahun ini kami juga bertukar KPN kerana En Zulkifli telah ditawarkan tempat di LPM, Kak Suriyani yg comel tu pula menggalas tanggung jawab yang berat ini... memang berkebolehan...Insayaallah kami semua akan memberikan kerjasama yang sama seperti KPN lama.. semoga kerja2 yang kita perlu laksanakan akan berjalan lancar. Amin
Tuesday, April 20, 2010
Program Sentuhan Pentadbir
Merupakan salah satu program peningkatan prestasi yang dijalankan secara tahunan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Hari ini, Rabu 21 April 2010 telah dijalankan bagi kelas 3 Amanah dan 3 Arif. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar daripada teguran , kritikan dan nasihat . Semoga mood untuk belajar bercambah dengan subur sambapi bila-bila.
Majlis Penyampaian Hadiah MTV 2010
Isnin, 19 April 2010 berlangsungnya majlis penutup Minggu Teknik dan Vokasional 2010 di peringkat sekolah ... alhamdulillah selesai dan tugasan s/u pula untuk buatkan dokumentasi... gambar-gambar aku dah pun uploadkan kat fb, harap ain dapat carinya... Thanks pengacara majlis, Pn Tengku... walau ada sedikit masalah semasa majlis, tetapi ia tidak ketara sangat, moga mana2 ajk berkaitan dapat mengatasinya pada majlis yang akan datang...
Thursday, April 15, 2010
Murid ku Cemerlang Ujian Mac 2010
Tahniah kepada 4 orang pelajar cikgu yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Mac baru-baru ini dengan pencapaian 90% ke atas... cikgu harap kalian lebih berusaha untuk pencapaian cemerlang secara berterusan...semoga kejayaan anda menjadi dorongan buat rakan-rakan yang lain... pastikan KHB PK A dalam PMR 2010.
Wednesday, April 14, 2010
Aktiviti Pertandingan sempena MTV 2010 di bengkel kh
Monday, April 12, 2010
Minggu Teknik dan Vokasional 2010
Majlis Perasmian MTV 2010 telah berlangsung pada Isnin 12 April 2010 di Dataran Kejat. Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj Abdul Karim Bin Ihwan. Majlis berlangsung mengikut perhimpunan rasmi, dan pada hari ini pasukan Kadet Polis diberi tugasan untuk menguruskan perhimpunan. Setelah selesai ucapan guru bertugas pada minggu ini, majlis diserahkan pula kepada Cik Siti Nurulnadiah selaku pengacara majlis MTV 2010. Seterusnya taklimat daripada pengarah program iaitu Pn Edria Nita berkaitan aktiviti -aktivit yang akan dijalankan seterusnya upacara perasmian yang dibahagikan kepada dua bab iaitu pertama memotong riben pada banting dan mencabut 5 keping saham MTV kepada peserta bertuah.
Friday, April 9, 2010
Mesyuarat Permurnian Program Peningkatan Akademik Negeri Selangor
Khamis, 8 April 2010 aku, cikgu Shuhaimi, cikgu Shaiful, cikgu Anizan, cikgu Ros Melati, cikgu Zohrian, dan beberapa orang lagi yang aku terlupa catat nama... telah hadir ke Kelab Shah Alam Selangor untuk memurnikan soalan... aku juga diminta untuk jadi penilai bagi subjek KHB PK... alhamdulillah aku dapat berkenalan dgn cikgu Ros Melati guru dari SMK Methodist... dah berkenalan peramah orangnya... Alhamdulillah semua guru yang terlibat memberikan kerjasama yang amat baik, semuanya saling bantu membantu... hasilnya kerja berjalan lancar .. hampir pukul 4.00 petang aku beredar dari situ... beberapa orang rakan masih dalam proses menyiapkan tugasan... aku nak tunggu tetapi bila mengenangkan mesej yang diterima anak tertinggal bas, aku bekejar balik ke .. maklumlah.. Shah Alam ke Gombak agak jauh... First time drive sendiri ke Shah Alam.. cikgu Shuhaimi tunggu kat tol shah alam... tapi bila balik aku terpaksa balik sendiri... redah aje... rupa2 masuk tol Guthrie... tak kisah le...yang penting aku sampai...
Wednesday, April 7, 2010
Mengimbau Kenangan Semasa KPLI
Monday, April 5, 2010
Sunday, April 4, 2010
Selamat Hari Jadi , Nur Amira Adila Zaidi
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hari yang ditunggu-tunggu oleh anak ku alang adila, untuk menyambut harijadinya yang ke- 9 tahun hari ini... kebetulan hari cuti, aku dan suami membawa semua ahli keluarga berjalan sekitar Ikea Damansara dan mencari-cari hadiah buat anak kesayangan ... malangnya tak jumpa yang berkenaan.. berkejar pula ke JJ tempat biasa kami shopping... baru ada.. permintaan orang dirai untuk makan di KFC dipenuhi... moga dia gembira.. petang nanti baru beli kek.. acara wajib bagi anak2... alhamdulillah anak2 tidak pernah meminta barang-barang yang di luar kemampuan...
Saturday, April 3, 2010
Hari Sukan SK Sungai Pusu
Sabtu, 3 April 2010, Hari sukan sekolah kebangsaan Sungai Pusu... 3 orang anak aku terlibat pada hari ini... Amir Faris, Amira Adila dan Amir Haziq... alhamdulillah , suami dan anak aku yang sulung Amira Sofea dapat hadir tanda sokongan... aku tak dapat hadir kerana terlibat dengan kursus... Nampaknya hanya 1 emas didbawa balik oleh anak aku yang kedua, bagi acara tarik tali...kira ok lah... yang penting semua anak aku terlibat ..kalah menang perkara kedua...
Thursday, April 1, 2010
Mesyuarat Peningkatan Prestasi KHB Pertanian kali 2
Khamis, 1 April 2010 jam 8.00 - 5.30 petang aku dan rakan-rakan sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan... rehat waktu makan dan solat aje... ingatkan pukul 1.00 dah boleh balik.... terima kasih kak norriah sebab tolong hantar anak balik ke rumah... kalau tidak kena dia tunggu aku sampai jam 6.00 petang kat sekolah... Khamis 8/4/2010 aku ditugaskan pula ke Shah Alam bersama ketua projek... untuk permurnian..
Sori juga pada kak Norhiyah ..kerana tak dapat nak join mesyuarat PSS petang tadi, dan aku juga terlepas dari mengikuti taklimat SPS buat kali ke -dua... harap2 nanti kak nor dapat beri taklimat pada aku pulak...
Sori juga pada kak Norhiyah ..kerana tak dapat nak join mesyuarat PSS petang tadi, dan aku juga terlepas dari mengikuti taklimat SPS buat kali ke -dua... harap2 nanti kak nor dapat beri taklimat pada aku pulak...
Subscribe to:
Posts (Atom)