Sunday, June 27, 2010

My Family


Diambil pada 26 Jun 2010 sempena majlis perkahwinan sepupu di kg pulau besar rembau.....

Selamat Pengantin Baru




Buat sepupu Rozahimah dan Sham ...pada 26 Jun 2010 di Kg Pulau Besar , Rembau Negeri Sembilan.

Thursday, June 17, 2010

Selamat Hari Bapa


Tahukan anda bilakah tarikh sebenar sambutan hari bapa... tarikh sambutannya berubah2.. dan dikira pada hari minggu (Ahad) minggu ke tiga setiap bulan Jun.. maknanya pada tahun 2010 ia akan disambut pada Ahad 20 Jun nanti....

Apapun tarikhnya tiada masalah, asalkan kita sentiasa tahu menghargai bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi... bagi mereka yang masih mempunyai bapa atau ayah, hormatilah mereka dan bagi yang telah tiada, jangan lupa berdoa dan sedekahkan bacaan Al-Quran buat mereka ...

Buat semua bapa, jadilah pemimpin keluarga yang dapat membimbing isteri, isteri-isteri, dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya semoga berbahagia di dunia dan di akhirat nanti...

selamat hari bapa buat suamiku tercinta....

Tahniah!









Tahniah kepada pelajar2 cikgu yang berjaya mencatat pencapaian A ( cemerlang) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi subjek KHB Perdagangan dan Keusahawanan tingkatan 3. Semoga usaha ini diteruskan apabila berhadapan dengan Peperiksaan Percubaan pada bulan Ogos nanti. Pencapaian lebih cemerlang dan gemilang dalam PMR nanti. Amin.

Tuesday, June 15, 2010

Happy Birthday Angah





Selamat Hari Jadi buat anak ibu yang disayangi...
14 Jun sentiasa diraikan....
semoga menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri,
bermanfaat juga kepada orang lain..

Wednesday, June 9, 2010

Yess... dah selesai duduki exam PTK TK3...kali akhir....


Leganya rasa bila selesai menduduki exam PTK hari ini...almaklum le...kali terakhir untuk TK3... apapun resultnya.... hanya Allah yang menentukan..


Kenangan slip PTK Jun 2010..

Tuesday, June 8, 2010

Exam PTK DG44_TK3 10 Jun 2010




Khamis 10 Jun 2010 aku kena menduduki PTK DG44-TK3 kali terakhir.... kat SMK Seri Gombak jam 9.00 pagi dan 11.00 pagi... lulus 4 alhamdulillah... klu sekadar 3 dan ke bawah jawabnya tunggu lagi 5 tahun le.... apapun buat yang terbaik, selebihnya berserah kepada Allah... sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Ya Allah lapangkan dadaku, lancarkan penaku, permudahkanlah urusan ku... Amin.




Thursday, June 3, 2010

Mesyuarat Program Peningkatan Akademik Negeri Selangor Kali ke dua di PPD Gombak

Khamis 3 Jun 2010 jam 8.00 pagi bertempat di PPD Gombak.. seronok sesekali keluar dan bekerja bersama rakan-rakan dari sekolah lain.... Thanks kak Rosni yang tak pernah lokek untuk berkongsi bahan dgn rakan 2 lain... semoga menjadi guru cemerlang daerah Gombak satu hari nanti seperti kak Noriah dan Cg Jamil...