Thursday, August 26, 2010
Happy Birthday Along
22 Ogos 2010 yang ke 13.. semoga menjadi anak yang solehah.. dan insan dalam erti kata yang sebenarnya...
Majlis Perpisahan Pengetua 2010
Hari/Tarikh: Khamis 26 Ogos 2010 ( 16 ramadan)
Masa : 7.30am - 10.50am
Tempat : Dewan Mutiara Bestari
Ketibaan pengetua di pagar utama disambut oleh barisan pentadbir, YDP PIBG, Tn Hj Mohd Asri , nYDP PIBG Pn Haraza, AJK PIBG, Tn Hj Baharuddin dan Pn Kamaliah serta Pn Noraizan mantan penolong kanan dan sekarang pengetua di SMK Seri Kundang. Pengetua diiringi ke tapak penanaman pokok bunga berhampiran blok C . Aktiviti penanaman dibantu oleh guru dan pelajar MPV dan dilakukan di dalam pasu bunga yang disediakan. Selepas selesai, beliau diiringi ke dataran kejat untuk membuat pemeriksaan lintas hormat perbarisan unit uniform. seterusnya diiringi pula ke dewan dengan iringan paluan kompang. Majlis di dewan bermula seperti yang dirancangkan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meninggalkan seribu satu kenangan buat semua warga dan yang hadir ...khususnya tuan pengetua sendiri, individu yang diraikan. semoga beliau terus cemerlang dan kecemerlangan beliau menjadi ikutan warga smk sungai pusu. Terima kasih tuan haji.... terima kasih.... terima kasih atas kepercayaan.
Saturday, August 21, 2010
Buah Tangan dari pengetua untuk semua guru
Bicara Profesional yang diadakan pada Khamis 19 Ogos 2010 merupakan mesyuarat terakhir Tn Hj Karim selaku pengetua di SMK Sungai Pusu. Pelbagai cerita , ingatan dan harapan dikongsikanbuat semua guru..... termasuk hadiah yang bermakna ini... untuk tatapan dan pedoman.
Konsep 4 M;
i. Set Minda
ii. Set Matlamat
iii. Set Moral
iv. Set Motivasi
Mesyuarat Pengurusan terakhir bersama mantan pengetua
Isnin 16 Ogos 2010 merupakan mesyuarat pengurusan kali ke 10 bersama pengetua Tn Haji Abdul Karim bin Ihwan merupakan mesyuarat kali terakhir sebagai pengetua di SMK Sungai Pusu. Mesyuarat bermula jam 11.30 pagi berakhir jam 2.20 petang, padat dengan amanat untuk digunakan dalam mentadbir sekolah sepanjang ketiadaan pengetua yang baru. Pn Muslimah akan memangku sementara tugas berkenaan sehingga ketibaan pengetua baru. Semua pentadbir yang hadir berpeluang mengucapkan sepatah dua kata akhir untuk pengetua. Aku rasa bertuah juga kerana kebetulan aku menjadi urusetia mesyuarat kali ini. Semoga tuan haji lebih sukses di sekolah baru dan tidak lupakan SMK Sungai Pusu...kami tumpang bangga kerana tuan haji dilantik sebagai pengetua cemerlang DG52 dan DG54 di sini bahkan beliau turut berjaya mendapat PTK 4 4 bagi kedua-dua kategori... semoga ini memberikan kami suntikan semangat untuk lebih berjaya dan cemerlang di SMK Sungai Pusu. Terima kasih Tuan Pengetua...
Sunday, August 15, 2010
Takziah..
Jumaat 13 Ogos 2010 bersamaan 3 Ramadhan jam 1.00 pagi abg Halim kak chik rubiah telah meninggal dunia di hospital kuantan manakala jam 5.00 pagi pula suami cikgu ani ( anak angkat mak ngah) pula meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kedua2 roh Allahyarham.
Bagi kita yang masih bernafas di dunia ini hendaklah ingat ... bila tiba saatnya kita semua akan kembali kepadaNya.
Bagi kita yang masih bernafas di dunia ini hendaklah ingat ... bila tiba saatnya kita semua akan kembali kepadaNya.
Day to remember....
Selasa, 10 Ogos 2010 jam 7.30pagi, sehari sebelum ketibaan 1 Ramadhan .... aku dan rakan-rakan yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2009 telah hadir ke Peransang Golf Resort bagi menerima sijil yang dijalankan di sana. Antara rakan-rakan yang terlibat ialah Pn Rosmani, Pn Raja Norazlina, Pn Wan Mariamah, Pn Syarifah Haniza, Pn Norhasimah, Pn Roslina dan Pn Wan Saliana... semoga anugerah ini memberi kami lebih motivasi untuk bekerja dengan dengan amanah, jujur , ikhlas dan cemerlang... Ya Allah berikan kami kekuatan untuk menjalankan amanah Mu ini.....
Terima kasih kepada tuan pengetua yang sudi untuk menunggu giliran untuk sesi bergambar. Majlis ini juga merupakan majlis tuan pengetua yang terakhir di daerah Gombak kerana beliau ditukarkan ke SMK Bukit Sentosa di bawah PPD Hulu Selangor. Kami kehilangan seorang pengetua cemerlang DG54... semoga kekuatan dan semangat tuan pengetua menjadi ikutan kami guru-guru dan staf di SMK Sungai Pusu... setiap yang datang pasti pergi, yang hilang pastikan tumbuh kembali.. adat kehidupan manusia
Monday, August 9, 2010
Saturday, August 7, 2010
Program Jogathon Merdeka SMKSP 1Malaysia
Thursday, August 5, 2010
Tahniah!
Buat rakanku kak Rosni Khamis diatas pelantikan sebagai guru cemerlang DG48... akak memang layak.... seorang yang sangat rajin dan ikhlas membantu kawan... seronoknya dapat berkenalan dan bekerja bersama akak. Moga kejayaan akak akan menjadi motivasi buat saya untuk lebih berusaha dalam kerjaya yang dicintai ini.
Monday, August 2, 2010
Kenduri Arwah & Sambut Puasa 2010
Sabtu 31 Julai 2010, ayah mertua mengadakan majlis kenduri arwah & sambut puasa dengan bantuan kak long sekeluarga . Kali ini majlis nampak simple dan berjalan lancar dengan kehadiran jiran tetangga yang sangat memberikan kerjasama. Cuma , majlis tahun ini tidak dihadiri ramai ahli keluarga rapat... masing-masing mempunyai masalah tersendiri untuk hadir. Selain abah & isteri, kak long sekeluarga, kak teh, aku sekeluarga, cuma ada bang long shah alam, induk, zahirul, bibi dan mia shj.... kesian aku kat abah... aku bersyukur kerana suamiku sentiasa menghormati abah... apapun selagi orangtua kita ada, walau apapun situasinya kita wajib menghormatinya, Ya Allah, pelihara aku sekeluarga agar sentiasa menjaga hati orgtua kami yang masih ada... semoga anak2 aku juga akan menyayangi aku dan suami seperti mana kami menyayangi ibu, bapa dan kedua mertua... Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)