Monday, December 14, 2009
Hari Keluarga di Marina Cove Resort Lumut, Perak
Alhamdulillah penantian anak-anak ku untuk bercuti ke Lumut Perak akhirnya tercapai...kami sekeluarga menginap di Marina Cove Resort selama 3 hari 2 malam. Bertolak dari Gombak pukul 7.15am pada 11/12/09 ke R&R Rawang ( Check Point 1) untuk bersama dengan ahli keluarga telekom yang lain. Seterusnya singgah di R & R Ldg Bikam dan berkumpul pula di R&R Hutan Melintang di Bidor.Seterusnya perjalanan selama lebih kurang sejam sampai ke destinasi... Selepas sampai setiap keluarga check in ke bilik masing-masing.. golongan lelaki beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat jumaat manakala spesis perempuan & kanak-kanak berehat dan makan tengahari dgn bekalan yang dibawa.. lebih kurang jam 2.30 pm aku, suami dan anak2 ke taman tema marina cove untk mandi-manda...masuk kena bayar dgn less 30% utk 4 org je sb menginap di marina...ok le...yang penting anak-anak ku gembira.. aku tak mandi tapi jadi jurukamera & video je... kegembiraan jelas terbayang di wajah anak-anak ku...mereka mandi sampai jam 5.30pm dan sambung mandi di kolam hotel hingga jam 6.00 petang.. lepas tu kena get ready untuk makan malam jam 7.30pm... lepas makan jalan sekitar hotel dan naik ke bilik.... ape lagi.... bummm le..penat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment