Hari ini Jumaat 28 Mei 2010, cuti sempena perayaan wesak... itulah kelebihannya menjadi rakyat malaysia, tanda menghormati kaum lain, semua kaum turut menikmati cuti mengikut peruntukan yang dipersetujui. Setiap individu akan menggunakan cuti yang ada dengan pelbagai urusan peribadi walaupun terdapat setengah majikan tidak menggunakan cuti ini sebagai cuti umum, mungkin mereka memilih hari lain untuk bercuti. Apapun kita patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang ada.
Cuti hari ini aku habiskan dengan mengemas barang-barang yang tidak dipakai untuk dilupuskan atau dibawa balik ke kampung... terima kasih kepada adik aku , Atam yang meminjamkan lori dan abang aku Abg Min yang sedia untuk mengambil barangan berkenaan.... untuk diangkut ke kampung. Pukul 11.00 pagi sampai ke rumah aku, duduk dan borak2 seronoknya..hampir jam 11.30pagi baru masukkan barang ke dalam lori... lepas tu aku pun memasak nasi arab dan nasi ayam kat kedai depan... tak payah guna dapur, janji bawa pulus je... dah penat angkut barang, kami pun makan sama2... first time makan nasi arab.... banyaknya lauk...
12.30 tengahari mereka bertolak balik , jalan jam..hampir jam 3.00 petang baru sampai... Terima kasih kerana tolong angkut dan kemas barang hingga ke atas rumah... Petang aku dan suami ronda 2 lagi, masih belum berhasil... sempat singgah kat rumah rakanku.... jenguk rumah baru dia... cantik..
No comments:
Post a Comment