Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011



17 N0v 2011.... 41 orang 5A dan 28 orang 4A1B...pencapaian hebat sk sg pusu.... alhamdulillah anakku Amir Faris bin Zaidi menjadi salah seorang pemilik 5A. Tahniah!

Majlis Kecemerlangan SKSP 2011



Khamis 17 Nov 2011, alhamdulillah ketiga-tiga anakku berjaya menerima anugerah walaupun bukan tempat pertama.... terima kasih ya Allah

Majlis Ihtifal Sek Agama Intergrasi Ar Rahimah


Rabu 16 Nov 2011, kali pertama dianjurkan . Tahniah ! buat ketua guru Ust Meor yang berusaha melaksanakan program ini.

Tuesday, November 8, 2011

Hari Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri 2011







Selasa 8 Nov 2011, berlangsungnya Hari Anugerah Kokurikulum di SM Teknik Gombak pada jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh En Suhaimi Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan di JPS. Perjalanan majlis lancar hingga ke saat akhir. Alhamdulillah urusetia hadiah dan sijil dibawah seliaan aku berjalan lancar dengan kerjasama mantap rakan=rakan terdiri daripada Pn Suazlinda, Pn Hazlina, Pn Nurul Aini, Cik Norshalizawati dan Pn Fauziah. Tidak lupa juga terima kasih kepada Kak Leha isteri Cg Ibrahim yang sudi menerima tempahan menjahit skirting yang dibuat khusus untuk majlis ini dan akan digunakan selanjutnya untuk kegunaan majlis rasmi sekolah yang lain. Terima kasih kepada semua pegawai PPD yang memberi tunjuk ajar semasa rehersal di sebelah pagi dan terima kasih juga kepada pegawai jabatan yang hadir semasa rehersal memberi sokongan. Tidak lupa kepada pengetua Pn Muslimah yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan program ini. Terima kasih buat semuanya yang membantu...termasuk En Hasnal...tQVM.

Monday, November 7, 2011

Tangan mak patah....

Sabtu 5 Nov 2011, aku dikejutkan dengan panggilan oleh Atam, memaklumkan tangan mak bengkak dan dah pun dibawa ke klinik rahman di simpang 3... doktor minta bawa ke klinik lain utk xray... otw, mak minta patah balik rumah,... anak2 kena dengar aje.... nasib baik acik tar datang dan minta mak pergi xray sb dia kata mungkin patah.... baru lah mak nak pergi....klinik lain xray tutup.... so bawa ke hosas.... masuk icu, xray, kena simen... alhmadulillah... abg zubir, abt tan dan abg him balik jenguk mak.... aku punya giliran beraya di sebelah suami... menahan perasaan nak balik jumpa mak, amat mengharap jika hubby buka mulut ajak balik... wbgnpn aku nekad raya kedua aku tetap akan balik wpn sekadar balik hari, sekurang2nya aku dah pun bertindak adil dlm situasi ini.... Allah maha mengetahui kehendak hambanya... suami mengajak balik kg setelah beraya bersama keluarga di sini... amin. Terima kasih ya Allah, terima kasih suamiku...

Tuesday, November 1, 2011

TM Family Day

29 Okt 2011- Kat sungai sendat hulu yam, lebih kurang 33km dr greenwood.... jalan agak sunyi tapi tempatnya cantik dan paling best, tandas yang disediakan bersih wpn berbayar pd hg 40 sen....

Friday, October 21, 2011

Kursus Pengurusan Sekolah Menengah Daerah Gombak 2011











Di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 19 hingga 21 Oktober 2011

Friday, October 14, 2011

Mana Mak?

Sesiapa yg tulis mohon share untuk peringatan diri sendiri

"Mana Mak?'
 
 
Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 


Ateh  menjawab, “Entah.” 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Description: http://img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png
 
 

Pulau Redang.... aku datang

Kursus Pengurusan Aktiviti di Air untuk GPK Ko & Pemimpin Krs bertempat di Pusat Kokurikulum Pulau Redang pada 11 hingga 13 okt 2011 di ketua oleh PK ko SMK Seri Selayang, Cg Hanafiah. En Aizam peg PPD turut serta, alhamdulillah sepanjang progam dan perjalanan pergi dan balik cuaca baik. Ketua jurulatih En Rosli Pegawai Ko di jab. pelajaran terengganu dan krew2 dr tganu & sgor yang bagus. Semua yang hadir memberikan kerjasama yg sangat baik... seronoknya bersnorkling di sana......

Tuesday, September 20, 2011

Karnival Sukan & Permainan 1

Karnival Sukan & Permainan 1 bagi ting. 1, 2 dan 4. Permainan yang terlibat ialah futsal (lelaki shj), bola tampar ( lelaki & perempuan) dan bola jaring ( perempuan sahaja).

Sunday, September 18, 2011

Pertunangan Azim & Molly







Sabtu 17 sept. termetri ikatan pertunangan antara anak buahku abdul azim & molly....  semoga ikatan ini kekal hingga perkahwinan dan sehingga ke akhir hayat.

Ayah masuk wad...

Sepanjang 15 tahun perkahwinanku dengan suami, alhamdulillah sihat dan kalau sakit pun tak pernah sampai masuk hospital, aku jer yang 5 kali masuk hospital tu pun sebab bersalin dan sakit nak bersalin.... ujian Allah untuk hambanya tida mengira waktu, ketika anak kedua ku ke medan peperiksaan UPSR, suamiku sakit dan dirawat dihospital.... kena operate apendik lagi.... ketika itu pulak aku berazam untuk puasa sunat syawal tanpa henti..... penatnya berkejar ke sana sini untuk urus anak dan jenguk suami dihospital, alhamdulillah aku dah dah pun ambil  crk 2 hari kerana urusan di kampung.... terpaksa ditangguhkan kerana suami & anak adalah keutamaanku...
Khamis 15 sept, alhamdulillah suami ku keluar dari hospital dan keesokan harinya kami sekeluarga balik ke kampung bagi menghadiri majlis pertunangan anak abg tan di felda padang piol.... first time, aku drive bawa family ke kampung sejak kahwin... bila drive dan ada co pilot di sebelah tak syoknye..... tapi diam jer...





Angah....UPSR 2011

Tanggal 13 September hingga 15 Sept. merupakah tarikh UPSR bagi anak kedua ku..Amir Faris... semoga cemerlang dlm UPSR nanti walaupun diduga dengan ketiadaan ayah semasa ulangkaji dan sepanjang UPSR kerana sakit di Hospital Ampang Putri... moga angah tetap cemerlang dengan doa dari ibu dan ayah sepanjang exam.

Tuesday, September 13, 2011

Gambar guru & Staf 2011

UPSR 2011

Selamat menduduki UPSR 2011 dengan jayanya buat anak ibu tersayang Amir Faris B Zaidi... mulai 13/9 hingga 15/9. Semoga diberkati Allah dengan kejayaan yang cemerlang. Apa jua keputusan ibu terima dengan hati terbuka kerana angah sudah pun berusaha sebaik mungkin. Terima kasih buat suami yang menjadi guru yang paling gigih membantu .... rupa-rupanya Allah duga abang dengan kesakitan sehari sebelum angah exam dan pada hari pertama upsr kena operate apendik, walaupun dah plan cuti sepanjang upsr sbg sokongan buat angah... akhirnya aku yang ambilalih tugas tu... ini juga merupakan dugaan buat anakku.. semoga angah buat yang terbaik & Abang cepat sembuh....

Friday, September 9, 2011

Bilik ku.... jun 2011







Anak-anakku teringin pergi ke bilik ku setelah dicat baru..... semoga mood baru membantu aku menerima tanggung jawab ini dengan senang hati. Kerja Ikhlas Hidup Berkat. Amin.

Thursday, September 8, 2011

Senamrobik di Dataran Kejat































Bersenam Untuk Kesejahteraan, Tubuh Sihat Kerjaya Hebat, Ikhlas Bekerja InsyaAllah Berkat.






















Jumaat 9 9 2011 jam 7.30 hingga 8.15am aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bersama dengan guru-guru PJK berjalan dengan lancar dan sangat menarik. Semuanya kelihatan happy semasa menjayakan aktiviti berkenaan. Tahniah dan terima kasih buat cikgu fauziah, cg fadly , guru2 PJK dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.











Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011































Gambar raya kite ler...