Sepanjang 15 tahun perkahwinanku dengan suami, alhamdulillah sihat dan kalau sakit pun tak pernah sampai masuk hospital, aku jer yang 5 kali masuk hospital tu pun sebab bersalin dan sakit nak bersalin.... ujian Allah untuk hambanya tida mengira waktu, ketika anak kedua ku ke medan peperiksaan UPSR, suamiku sakit dan dirawat dihospital.... kena operate apendik lagi.... ketika itu pulak aku berazam untuk puasa sunat syawal tanpa henti..... penatnya berkejar ke sana sini untuk urus anak dan jenguk suami dihospital, alhamdulillah aku dah dah pun ambil crk 2 hari kerana urusan di kampung.... terpaksa ditangguhkan kerana suami & anak adalah keutamaanku...
Khamis 15 sept, alhamdulillah suami ku keluar dari hospital dan keesokan harinya kami sekeluarga balik ke kampung bagi menghadiri majlis pertunangan anak abg tan di felda padang piol.... first time, aku drive bawa family ke kampung sejak kahwin... bila drive dan ada co pilot di sebelah tak syoknye..... tapi diam jer...
No comments:
Post a Comment