Sunday, March 28, 2010
Mesyuarat PIBG SK Sungai Pusu 2010
Ahad, 28/3/2010 jam 8.00 am; Hari ini aku dan suami bersama anak sulungku, Sofea hadir ke Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 13. Anak aku turut serta kerana terlibat bagi majlis Anugerah Cemerlang PIBG SK Sg Pusu... semua pelajar UPSR 2009 yang mendapat 5A dan 4A 1B dijemput untuk menerima hadiah.. terima kasih kpd PIBG SK Sungai Pusu, semoga anugerah ini menjadi semangat untuk mereka lebih berjaya dan menjadi pendorong kepada pelajar yang bakal mengambil UPSR pada tahun ini.. Majlis hari ini diserikan dengan kehadiran Pn Patifah Shamsudin timbalan PPD... hari ini juga diadakan perasmian Pondok Ilmu yang dinamakan "Pondok Ilmu Abd Wahab Sulaiman " mengambil nama guru besar yang akan bersara pada oktober depan...
Saturday, March 27, 2010
Pesta Buku di PWTC , Sabtu 27/3/2010
Alhamdulillah, hajat aku sekian lama nak bawa anak2 dan suami ke pesta buku tercapai. Puas aku pujuk suami untuk bawa anak2 akhirnya dia mengalah... rezeki bila program NILAM yang dirancang untuk guru2 dibatalkan atas faktor yanga tidak dapat dielakkan.. Selepas sahaja balik dari pasar borong bersama suami, aku dapati anak2 aku dah pun siap mandi...maklum le nak berjalan...kalau tidak masing-masing buat tak tau aje...sebut sahaja nak jalan pandai pulak mereka bersiap awal... lepas sarapan aku sempat bantu bibik bersihkan udang, sotong dan ikan2 untuk disimpan...
Lebih kurang 10.30 kami pun bertolak... dan aku sengaja minta suami aku parking kat bawah yaohan.. sempat juga cuci mata kat Parkson nanti...setibanya kami kat sana, kelihatan orang beramai-ramai berpusu-pusu ke kawasan pameran... memamg ramai, nak tengok buku pun tak aman,... suami aku kelihatan ..... aku diam aje.. terus aje bawa anak2 dan bibik aku berjalan ke booth yang berhampiran...memang sesak.. sempat juga aku capai beberapa majalah dan buku2 untuk dibeli sebagai kenangan..sayangnya aku tak puas nak jenguk semua booth yang ada... sekali pergi dan bawa anak2 agak payah sebab orang terlalu ramai... kat pesta buku terserampak pulak dengan anak murid aku..Musliha dan Khairunnisak... anyway, thanks to my hubby... aku rasa itu kali pertama dan terakhir kut dia bawa kami ke tempat2 sibuk macam tu...
On the way balik, aku pun sempat cuci mata kat Parkson... rugi pulak tak beli sesuatu kalau dah sampai walaupun pakai duit sendiri... capai sepasang kasut... less 30%, kira ok le... lepas tu kami singgah kat MC Donald... anak aku nak makan burger... semoga anak2 aku dapat ilmu dan dapat gambaran menghadiri pesta buku... mana tau kalau nanti kena buat karangan berkaitan, sekurang-kurangnya mereka ada idea bagaimana pesta buku dijalankan, .... sekurang-kurangya cuti hujung minggu aku hari ini dipenuhi dengan benda yang berfaedah bagi aku...
Friday, March 26, 2010
Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah tahun 2010
Hari ini Jumaat 26/3/2010, berlangsung majlis pelancaran NILAM oleh guru PSS yang diterajui oleh Pn Norhiyah ... dilancarkan oleh Pn Hjh Muslimah Pen. Kanan dan taklimat NILAM oleh En Shakri Said PKG Gombak... tahniah kak nor dan rakan2 pss...
Hari ni jugak cikgu zuraida, kak noriah dan cikgu edria tekun menyiapkan SPS... apa taknya due date 1 April nanti... aku nak attend majlis pelancaran..maka dapat home work ..insyaallah hujung minggu nanti aku settlekan part aku lak... tingkatan 5... banyak jugak tu... orang lain boleh buat aku pasti boleh... cayo! untuk diri sendiri
Hari ni jugak cikgu zuraida, kak noriah dan cikgu edria tekun menyiapkan SPS... apa taknya due date 1 April nanti... aku nak attend majlis pelancaran..maka dapat home work ..insyaallah hujung minggu nanti aku settlekan part aku lak... tingkatan 5... banyak jugak tu... orang lain boleh buat aku pasti boleh... cayo! untuk diri sendiri
Thursday, March 25, 2010
Sekitar majlis pelancaran jogathon merdeka 1 malaysia smksp
Tuesday, March 23, 2010
Program Jogathon Merdeka 1 Malaysia SMKSP
Semenjak mesyuarat pertama pada 2/3/2010 aku dan ajk2 yang dilantik begitu sibuk membuat perancangan dan persediaan yang sewajarnya. SU PIBG dan SU Program, AJK Iklan dan Publisiti, AJK Sambutan dan Protokol ( melibatkan majlis pelancaran), pengacara majlis antara yang tak senang duduk memikirkan hari berlangsungnya majlis agar tiada cacat cela... alhamdulillah ada rakan2 ajk lain yang turut serta membantu...
hari ini selasa 23/3/2010 telah diadakan raptai sempena majlis pelancaran yang bakal berlangsung esok... para pelajar yang terlibat dengan persembahan amat komited...terima kasih.. sanggup berlatih beberapa kali walaupun sesi raptai telah selesai.. jika betul2 wakil press datang, aku harap majlis ini berjalan lancar... kalau tak datang, tak apa ...sekurang-kurangnya kami ajk yang terlibat telah memberikan komitmen terbaik... mudah2an rakan2 guru yang lain yang tidak terlibat secara langsung turut memberikan kerjasama...
Alhamdulillah rakan-rakan ajk bahagian sambutan dan protokol yang terdiri dari aku, pn normah dan pn rozimah masing2 menjalankan peranan...seronok dapat bekerjasama begini... beban berat dipikul bersama2... terima kasih juga pada kak kamariah ajk PIBG yang sanggup hadir sesi raptai tanda sokongan... pengarah program turut hadir dalam menyelia dan menyelaras perjalanan raptai..tq atas komitmen dan sokongan...
10.07 malam Linda ajk iklan dan publisiti memaklumkan ketidakhadiran wakil TV tapi wakil surat khabar tak pasti lagi... apa pun persediaan dah dibuat.. semoga majlis besok berjalan lancar... ketika ini juga mesy ajk pibg sedang berlangsung di sekolah... begitu komited mereka menjalankan kerja tanpa gaji hanya untuk kepentingan sekolah anak2 mereka... khususnya murid-murid smk sg pusu... semoga Allah membalas segala jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah...
Bersama bonda tersayang
Kami ke Muar sebagai tanda sokongan dan prihatin kerana abg aku abang zubir akan dibedah ekoran masalah kerana kemalangan tahun lepas... emak, abg brahim, abag tan dan kak zie telah datang pada Khamis 18/3/2010... aku dan suami serta anak2 dan bibik mas pergi pada Jumaat 19/3/2010... bila aku sampai lebih kurang 10.3o pagi.. abg aku dah pun menjalani pembedahan... kakak ipar aku kak wan dan anak sulung esya pun ada di ruang menunggu .... doa kami semoga pembedahan berjalan lancar... pukul 4.30 petang... abg aku boleh dikeluarkan dari OT dan dihantar ke wad 18.... tak perlu ke ICU.. doktor kata kondisi ok.. alhamdullilah... semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat abang aku... aMIN
Sunday, March 14, 2010
Mesyuarat Peningkatan Prestasi Negeri Selangor bagi Subjek KHB Pertanian
Telah diadakan pada Rabu 10 Mac 2010 di Bilik Seminar PPD Gombak.. bersama rakan-rakan En Jamil (GC) SMK Sri Selayang, Pn Noriah (GC) SMK Seri Kundang, EN Johari (Penulis Buku Teks) SMK Darul Ehsan, En Shuhaimi SMK Darul Ehsan, En Shaiful SMK Seri Kundang, Pn Rosni SMK Bandar Baru Sg Buloh, Pn Norsham SMK Rahman Putra dan aku le SMK Sg Pusu... lupa lak nak letak gambar boss kami Pn Maimunah Mustafa KUTV PPD Gombak
Saturday, March 13, 2010
Majlis Anugerah Cemerlang DUN Gombak
Berlangsung pada 13/3/2010 di Padang Pinggiran Batu Caves... ramai penerima anugerah bagi UPSR, PSRA dan PMR hadir ke majlis berkenaan... dapat sijil dan cash RM50... kira ok le..sekurang-kurangnya menambah koleksi sijil pelajar2 cemerlang ini... moga mereka cemerlang dalam peperiksaan dan kehidupan juga... tahniah buat semua pelajar yang hadir dan juga buat anak ku dan rakan-rakannya....
Friday, March 12, 2010
Majlis Perkahwinan Sham & Atikah
pada 13/3/2010 bertempat di Dewan Komuniti Sentul Perdana. Tahniah buat pengantin dan keluarganya terutama kak da dan che mat kerana bertungkus lumus menjayakan majlis adinda mereka... nak bergambar dengan pengantin awal sangat... kakak ipar pengantin pun boleh aje... semoga berbahagia ke akhir hayat
Monday, March 8, 2010
Hasil kerja sempena sukan sekolah 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)