Tuesday, March 23, 2010
Program Jogathon Merdeka 1 Malaysia SMKSP
Semenjak mesyuarat pertama pada 2/3/2010 aku dan ajk2 yang dilantik begitu sibuk membuat perancangan dan persediaan yang sewajarnya. SU PIBG dan SU Program, AJK Iklan dan Publisiti, AJK Sambutan dan Protokol ( melibatkan majlis pelancaran), pengacara majlis antara yang tak senang duduk memikirkan hari berlangsungnya majlis agar tiada cacat cela... alhamdulillah ada rakan2 ajk lain yang turut serta membantu...
hari ini selasa 23/3/2010 telah diadakan raptai sempena majlis pelancaran yang bakal berlangsung esok... para pelajar yang terlibat dengan persembahan amat komited...terima kasih.. sanggup berlatih beberapa kali walaupun sesi raptai telah selesai.. jika betul2 wakil press datang, aku harap majlis ini berjalan lancar... kalau tak datang, tak apa ...sekurang-kurangnya kami ajk yang terlibat telah memberikan komitmen terbaik... mudah2an rakan2 guru yang lain yang tidak terlibat secara langsung turut memberikan kerjasama...
Alhamdulillah rakan-rakan ajk bahagian sambutan dan protokol yang terdiri dari aku, pn normah dan pn rozimah masing2 menjalankan peranan...seronok dapat bekerjasama begini... beban berat dipikul bersama2... terima kasih juga pada kak kamariah ajk PIBG yang sanggup hadir sesi raptai tanda sokongan... pengarah program turut hadir dalam menyelia dan menyelaras perjalanan raptai..tq atas komitmen dan sokongan...
10.07 malam Linda ajk iklan dan publisiti memaklumkan ketidakhadiran wakil TV tapi wakil surat khabar tak pasti lagi... apa pun persediaan dah dibuat.. semoga majlis besok berjalan lancar... ketika ini juga mesy ajk pibg sedang berlangsung di sekolah... begitu komited mereka menjalankan kerja tanpa gaji hanya untuk kepentingan sekolah anak2 mereka... khususnya murid-murid smk sg pusu... semoga Allah membalas segala jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment