Saturday, March 27, 2010

Pesta Buku di PWTC , Sabtu 27/3/2010



Alhamdulillah, hajat aku sekian lama nak bawa anak2 dan suami ke pesta buku tercapai. Puas aku pujuk suami untuk bawa anak2 akhirnya dia mengalah... rezeki bila program NILAM yang dirancang untuk guru2 dibatalkan atas faktor yanga tidak dapat dielakkan.. Selepas sahaja balik dari pasar borong bersama suami, aku dapati anak2 aku dah pun siap mandi...maklum le nak berjalan...kalau tidak masing-masing buat tak tau aje...sebut sahaja nak jalan pandai pulak mereka bersiap awal... lepas sarapan aku sempat bantu bibik bersihkan udang, sotong dan ikan2 untuk disimpan...

Lebih kurang 10.30 kami pun bertolak... dan aku sengaja minta suami aku parking kat bawah yaohan.. sempat juga cuci mata kat Parkson nanti...setibanya kami kat sana, kelihatan orang beramai-ramai berpusu-pusu ke kawasan pameran... memamg ramai, nak tengok buku pun tak aman,... suami aku kelihatan ..... aku diam aje.. terus aje bawa anak2 dan bibik aku berjalan ke booth yang berhampiran...memang sesak.. sempat juga aku capai beberapa majalah dan buku2 untuk dibeli sebagai kenangan..sayangnya aku tak puas nak jenguk semua booth yang ada... sekali pergi dan bawa anak2 agak payah sebab orang terlalu ramai... kat pesta buku terserampak pulak dengan anak murid aku..Musliha dan Khairunnisak... anyway, thanks to my hubby... aku rasa itu kali pertama dan terakhir kut dia bawa kami ke tempat2 sibuk macam tu...

On the way balik, aku pun sempat cuci mata kat Parkson... rugi pulak tak beli sesuatu kalau dah sampai walaupun pakai duit sendiri... capai sepasang kasut... less 30%, kira ok le... lepas tu kami singgah kat MC Donald... anak aku nak makan burger... semoga anak2 aku dapat ilmu dan dapat gambaran menghadiri pesta buku... mana tau kalau nanti kena buat karangan berkaitan, sekurang-kurangnya mereka ada idea bagaimana pesta buku dijalankan, .... sekurang-kurangya cuti hujung minggu aku hari ini dipenuhi dengan benda yang berfaedah bagi aku...

1 comment:

fitriah said...

cikgu pegi pwtc juga ke smlm . sya ngan kwn kwn pun pgi . ta jmpe cikgu pun . kteorg pgi dlm kul 1