Thursday, February 25, 2010

Isnin 22/2/2010 jam 6.05am, ibu saudaraku (mak we) kembali ke rahmatullah dalam usia 82 tahun...Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Amin

Khamis 25/2/2010 anak saudaraku Izam dan Wati mendapat anak yang kedua..perempuan juga..Tahniah... juga buat kakakku, Nurulniah yang mendapat seorang cucu lagi tahun ini... bertambah pangkat le...tahun lepas ada 3 orang cucu tahun ni dapat 2 lagi.... aku pun tumpang sekaki....dapat cucu saudara...

Monday, February 15, 2010

Untuk Renungan ...

Berdasarkan petikan cerita Israk dan Mikraj.....

KEAJAIBAN SURAH AL-FATIHAH

Dari Rafi' bin al-Mu'la, katanya bahawa rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Mahukah aku beritahukan kepada engkau surah yang paling besar (kelebihan dan fadhilatnya) di dalam Al-Quran, sebelum engkau keluar daripada masjid ini? Lalu baginda memegang tanganku (sambil berjalan untuk keluar dari masjid) . Aku menjawab: Ya, anda berkata akan memberitahukan kepada aku surah yang paling besar dalam al-Quran? Nabi s.a.w pun bersabda : Surahnya ialah surah AL-HAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN (Al-Fatihah) yang mengandungi tujuh ayat yang diulang-ulang, dan al-Quran yang mulia yang diberikan kepadaku" - (Riwayat Imam Bukhari)

KEAJAIBAN SURAH AL-BAQARAH

Sabda rasulullah s.a.w , maksudnya: " Sesungguhnya Allah s.w.t menutupkan surah al-Baqarah dengan dua ayat (ayat 285-286), yang kedua-duanya diturunkan dari perbendaharaan di bawah 'Arasy. Oleh itu pelajarilah (bacalah) kedua-duanya dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana kedua-duanya adalah rahmat, sebagai bacaan dan doa (harian)." (Riwayat Al-Hakim dari Abu Zar)

Sabda Rasullulah SAW lagi, maksudnya: "Pada akhir ayat surah A--Baqarah terdapat dua ayat (ayat 285 - 286) , sesiapa yang membaca kedua-duanya pada malam hari, nescaya Allah melindungi." ( Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah).


Petikan dari: Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Alah...

Anak-anak ku...




Moga anak-anak ku menjadi insan yang mulia di sisi-Nya... Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjuk-Mu... jauhkan mereka dari perbuatan yang tidak baik.... semoga menjadi insan yang menghormati ibu bapa, guru-guru, saudara-mara dan masyarakat umumnya..

Cucu-cucu saudaraku....




Semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat... InsyaAllah...

Sunday, February 14, 2010

Untuk renungan ....

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj , Nabi Muhammad S.A.W telah dibawa oleh Jibril ke Syurga dan di pintu syurga terpampang tulisan seperti berikut:

" Sesungguhnya sedekah memperoleh pahala sepuluh (10) kali ganda dan memberi hutang ( kepada orang yang dalam kesusahan ) memperoleh pahala lapan belas (18) kali ganda"

Melihat tulisan itu Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril: " Mengapakah pahala orang yang memberikan hutang lebih besar daripada pahala orang yang bersedekah?"

Jibril menjawab: "Benar, sebab orang yang diberi sedekah kadang-kadang masih mempunyai sesuatu keperluan hidup, sedangkan orang yang berhutang sudah tentu dia sangat memerlukan dan berada dalam keadaan kesempitan atau memang tidak mempunyai persediaan, sedangkan ia tidak sudi meminta-minta".


Petikan: Buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah m/s 79

Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2010

Alhamdulillah setelah bersekolah hampir sebulan setengah, aku menikmati cuti hujung minggu yang panjang bersempena Perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Ahad dan Isnin ( 14 dan 15 Feb 2010 )... so Selasa masih cuti... pihak sekolah menambah cuti dengan cuti upacara pada Rabu (17/2/2010)... dapatlah aku dan suami merancang menyelesaikan beberapa urusan... tidak terlewat rasanya nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat rakan-rakan kaum tionghua....

Jadual cuti hujung minggu yang panjang ini telah pun penuh dengan pelbagai aktiviti yang dirancang.... Sabtu aku menguruskan bil-bil yang tertunggak, Ahad berkesempatan membawa anak-anak berkelah di Hulu Yam....kelihatannya mereka seronok sekali...walaupun hanya lebih kurang 3 1/2 jam sahaja mandi-manda sebab kami rancang menjenguk rumah di Puncak Alam.... musim cuti dan hujung minggu, ramai sekali orang berkunjung ke Hulu Yam....parking kereta penuh sampai ke tepi jalan... malam kami sekeluarga makan di luar....

Isnin dan selasa aku memanggil orang untuk membaiki bumbung rumahku yang bocor ...agak teruk terutama di bahagian dapur...dan membaiki kerosakan sana sini dalam rumah... lampu rosak dll.. Asalnya aku nak bawa anak2 berjalan sekitar KL tapi aku kena buat perkara ikut keutamaan dan penting terlebih dahulu... sekurang-kurangnya masa cuti aku terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah...paling penting aku menikmati rehat setelah penat dengan kerja sekolah yang tak pernah habis.... orang kata jadi cikgu balik sekerat hari tapi aku balik petang pun kerjanya tak habis-habis... nak kata aku lepak2 aje...aku bukan orang macam tu... tapi sekurang-kurangnya aku tak bawa banyak lagi homework sekolah kat rumah macam selalu aku buat... Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya...Amin.

Saturday, February 13, 2010

Friday, February 12, 2010

Aku seorang guru.... 6

Mulai tahun 2oo0 atau 2001 ..lupe lak... aku dilantik sebagai KP KHB bagi menggantikan rakan sejawat yang berpindah sekolah... macam-macam rasa bila diminta memegang tugas tersebut... pengalaman dan pengetahuan bidang berkenaan tidak banyak... alhamdulillah PK aku ketika itu banyak memberi sokongan di samping aku berusaha mendapatkan ilmu dari rakan-rakan KP daerah Gombak yang lebih senior dan tak lupa pada rakan-rakan senior di sMK Selayang Bharu, Kak Min, Pn EE yang banyak membantu...Setiap kali mesyuarat panitia Daerah, aku sentiasa mengutip maklumat yang patut dalam pelbagai aspek... alhamdulillah, banyak membantu aku dalam menjalankan tugas...

Jawatan KP KHB banyak membantu aku berusaha berkali-kali ganda... maklum le bebannya agak berat telah memaksa aku paksa diri untuk belajar macam-macam perkara bagi melancarkan tugasan... kekadang aku rasa terlalu penat.... aku jadi KP dengan ilmu yang kosong ... tapi aku bersyukur kerana itu...aku dapat banyak ilmu yang tidak diajar dalam kelas tetapi melalui pengalaman... sesungguhnya pengalaman itu sangat berharga...

Aku seorang guru....5

Bermulanya aku seorang guru biasa di SMK Sungai Pusu mulai 1 januari 1999. Aku diminta melaporkan diri kat sekolah baru pada 20 /12/1998 kalau tak silap...masa tu pentadbirnya menumpang di pejabat SK Sungai Pusu... Ada lebih kurang 19 org guru aje masa tu klu x silap....aku diberikan subjek Kemahiran Hidup... nasib baik aku dah mula mengajar KH semasa di SMK Selayang Baru... Aku gembira dapat bertugas di sekolah ini kerana ia berdekatan dengan rumah yang aku sewa iaitu di Lot 205, Bt 8... Jalan Gombak. Maklum le...aku tak de kereta, sekurang-kurangnya aku boleh naik satu bas sahaja.... kalau aku masih di SMK Selayang Bharu aku terpaksa naik 3 buah bas untuk sampai sekolah...itu antara faktor utama aku minta tukar dulu.

Niat aku menjadi guru bukan nak kejar pangkat... tapi mmg tidak dinafikan ia merupakan sumber kewangan bagi ku... dan aku rasa bidang ini amat penting untuk aku belajar menjadi manusia yang lebih baik.. kalau wang jadi taruhan, tak mungkin aku lepaskan jawatan di OSK dulu... tapi jika tiada ketenangan jiwa maknanya bidang itu tak sesuai kut... Alhamdulillah kerana bidang ini mengajar aku untuk berbuat baik ...jika aku nak minta murid aku rajin , maka aku mesti rajin dahulu... pada aku , sebagai guru aku mesti jadi contoh buat pelajar2 aku.... banyak sangat lagi yang perlu aku pelajari... sekurang-kurangnya bidang ini memberi aku ruang dan peluang untuk belajar banyak perkara dan paling penting aku mahu menjadi contoh yang baik buat anak-anak aku sendiri...

Dulu-dulu orang kata jadi cikgu senang...pergi pagi tengah hari balik...cuti panjang cuti sakan.... hakikatnya berbeza masa kini... jadi cikgu bukan sekadar datang dan mengajar sahaja tetapi kena buat macam-macam kerja... dari kerja tukang sapu, kerani, ofis boy, eksekutif, manager, semua ada.... paling penting setiap job yang diterima difikir secara positif, ikhlas dan berusaha sebaik mungkin...insyaallah segala kerja yang sukar akan dipermudahkan...

Aku seorang guru....4

Aku dipostingkan kat SMK Kuala Krau lebih kurang 15KM dari rumah aku kat kampung... doa abah dan mak agaknya...apa lagi aku x de masalah tempat tinggal, makan minum kira percuma...2 Julai 1995 bermulalah episode aku sebagai seorang guru tetap (GST).. walau bgmnpun aku hanya berada di sana setahun setengah shj kerana mengikuti suami berpindah ke Selangor pada tahun 1997 dan ditempatkan di SMK Selayang Bharu.. aku ditempatkan di sesi petang..mengajar kelas peralihan dan kemudiah KHB. Aku dapati perhubungan sesama guru agak berbeza dibandingkan dengan SMK Kuala Krau lebih kekluargaan. Bab kata pepatah masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum ( eh! x boleh mengaum... kena cabut lari klu x mati).

Pada ketika itu Pn Rohani, Pen.Kanan memangku pengetua... sangat straight...kata rakan2.. tapi sepanjang aku di sana aku dapati dia seorang pentadbir yg sangat bagus... kalau staf buat kerja dia ok je...tapi kalau kita x buat kerja, pada aku mmg patut pun... tahun 1997 aku mohon tukar ke SMK Sg Pusu ( berdasarkan papan tanda pembinaan) tapi tak berjaya sebab sekolah x siap...Pn Rohani gelak kat aku sebab minta sekolah x siap... aku ok je...aku minta lg pada tahun berikutnya... ada rakan2 kata aku tak layak mohon sebab sekolah tu sekolah asrama penuh...hanya untuk guru2 berpengalaman aje...tak pe aku diamkan aje... aku juga ditawarkan mengajar pagi bagi subjek ekonomi dan matematik tingkatan 4... happy juga sebab aku suka sekolah pagi..

bila akhir tahun result tukar keluar dan nama aku tak de.. tak pe. akhir tahun juga aku ditugaskan untuk mengawas peperiksaan SPM di SMK Taman Selayang.... aku di call pihak sekolah untuk dtg kerana dapat tawaran bertukar ke SMK Sungai Pusu akhirnya... segala ketentuan hidup kita dibuat oleh-Nya, yang penting kita rajin berusaha dan berdoa memohon kepada-NYA. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYa. AMIN,

Aku seorang guru....3

Aku mengikuti sesi praktikum di SMK Tengku Puan Habsah, kalau tidak silap...macam2 aku belajar di sana...aku juga berpeluang mengjadi guru pengiring catur walhal aku tak tau sangat main...anak muridku majoriti Cina tapi mereka ok je..di sana paling aku ingat teh tarik special... lain dari yg lain...rupa2nya ada cara buat teh tarik sedap...sudu yg digunakan mesti direndam dalam air yg berisi sedikti garam..baru rasa kaw, kaw...terlibat dalam sukan sekolah dan macam-macam lagi...

antara perkara yg tidak dapat aku lupakan semasa sesi praktikum di sini ialah kami datang lewat sebab bas maktab yang lambat... apa lagi kami guru-guru praktikum dan pelajar2 lewat tidak boleh masuk ke kawasan sekolah sebab pagar akan dikunci semasa perhimpunan...apa lagi malunye...alhamdulillah pengetua masa tu faham...apa lagi minta maaf aje le... lepas tu kami minta pakcik bas datang lebih awal lagi... dan hantar kami dahulu....terima kasih kepada guru pembimbing aku...lupa lak namanye...beri bimbingan, nasihat dan buku-buku rujukan.... tq...

selesai praktikum kami balik ke maktab untuk periksa akhir dan mengikuti kursus induksi.... kumpulan kami ramai yang dipostingkan ke Sabah dan Sarawak terutama guru bujang ( blm kahwin)..alhamdulillah kami tiga orang, aku, zuhida dan siape ye ( lupe lak) dapat posting tempat sendiri..ada sebab...masa isi borang kami mengaku dah ada tunang dan bakal berkahwin...walaupun sebenarnya mmg tak de siapa2 lg...masa hantar borang puas kami diajuk oleh rakan2 terutama lelaki...kami sanggup sbb x nak gi seberang laut..tapi kira ok jugak sb menjadi... itu pentingnya ikhlas...tuhan tolong ...kami doa dan kami usaha agaknya. Amin.

Aku seorang guru.... 2

Pertengahan tahun 1994, bermulalah aku sbg bakal guru di MPPP...entah mcm mana aku terlantik sbg AJK guru KPLI, dan aku juga terlantik sbg pen. ketua kelas EA2..sepanjang mengikuti KPLI mcm2 kami pelajari..paling tidak dapat aku lupa aktiviti wajib iaitu pendidikan luar dimana kami di bawa ke Pantai Telok Bahang dan bercamping serta membuat pelbagai aktiviti seperti abseling , sesi burong hantu dll.

Kump. aku menjalani sesi burong hantu di malam kedua...kami semua teruja sangat, dan sesi bermula dengan berbaris untuk menghafal password...tak silap " jambu batu" password 2.. kami dipesan untuk tidak menjawab jika ditanya selain perkataan itu, bimbang diganggu oleh makhluk pelik... sesi pun bermula dengan berjalan dalam kegelapan malam...tiba-tiba bahu aku dipegang dan fasililator kata 'u kat sini'..alamak...aku kena tinggal sorang-sorang kat sini..aku pun duduk seperti yg ditaklimatkan sebelum ini... lama aku menanti untuk dipanggil balik dan macam2 ayat yg aku hafal aku baca...tak lama tu, aku nampak rakan-rakan aku berbaris balik tetapi bila mereka lalu sebelah aku, tiada seorg pun panggil utk balik..aku ingat aktiviti tersebut belum habis..aku duduk shj..

...rupa2nya mmg mereka betul2 balik..bila sampai sj di kaw khemah ...heboh ada student hilang...aku le..2.. bila disiasat rupa2nya ada kawan aku main potong que..patut le... mereka didenda untuk pergi semula jemput aku....alhamdulillah.

sampai aje aku terus ditanya kenapa tidak ikut balik..tapi aku ikut arahan...pensyarah aku faham...mereka lega dan pelik macam mana mereka dan AJK tak nampak aku kat bawah pokok tu... kena sorok kot...aku dengar student KPLI selepas tu tak buat lagi sesi 2... bahaya...elok juga

Thursday, February 11, 2010

Aku seorang guru.... 1

Guru..merupakan salah satu cita-citaku yang aku beritahu guru semasa di sekolah rendah, maklumle...orang kampung ..tak jumpa pun orang berjawatan besar....naik menengah cikgu aku tanya lagi sebab nak catat dalam kad 001, malas fikir antara pilihan tu, guru juga...

bila dah belajar kat UM di tahun akhir, ramai rakan2 ku mengajak aku apply diploma pendidikan, aku tolak sebab rasa macam tidak boleh nak ajar orang... aku punya baik hati pergi ke kementerian kat Damansara ambilkan borang diploma pendidikan untuk kawan2, sebab aku ada motorsikal...kawan aku pujuk isi borang tapi aku masih tidak yakin...ramai rakan aku dapat buat diploma pendidikan dan aku bermula sebagai kerani di sekolah tuisyen Ins Sains Zahari sementara menunggu untuk konvo...

lepas tu aku try jadi temporary clerk kat OSK & Partner..aku ditawarkan sbg trainee paid dealer...happynya... gaji banyak tapi hati aku tidak bahagia di sana...aku try guru sandaran sementelah menghantar kawan aku memohon GSTT kat JPN Selangor di Shah Alam, masa tu isi borang je...rezeki aku, seminggu lepas tu dapat tawaran mengajar di SM(P) Assunta & kawan aku dapat di SMK Sea Park..

Aku pun bermula menjadi "Cikgu"... Alhamdulillah Allah membuka hati dan memberikan aku rezeki untuk bergelar guru... di sini aku mula merasakan seronoknya menjadi cikgu...

terima kasih kepada bekas murid-murid ku di Assunta sesi petang tahun 1994 kerana secara tak langsung mendorong aku apply KPLI sesi 1994/1995..akhirnya BERJAYA.