Alhamdulillah setelah bersekolah hampir sebulan setengah, aku menikmati cuti hujung minggu yang panjang bersempena Perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Ahad dan Isnin ( 14 dan 15 Feb 2010 )... so Selasa masih cuti... pihak sekolah menambah cuti dengan cuti upacara pada Rabu (17/2/2010)... dapatlah aku dan suami merancang menyelesaikan beberapa urusan... tidak terlewat rasanya nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA buat rakan-rakan kaum tionghua....
Jadual cuti hujung minggu yang panjang ini telah pun penuh dengan pelbagai aktiviti yang dirancang.... Sabtu aku menguruskan bil-bil yang tertunggak, Ahad berkesempatan membawa anak-anak berkelah di Hulu Yam....kelihatannya mereka seronok sekali...walaupun hanya lebih kurang 3 1/2 jam sahaja mandi-manda sebab kami rancang menjenguk rumah di Puncak Alam.... musim cuti dan hujung minggu, ramai sekali orang berkunjung ke Hulu Yam....parking kereta penuh sampai ke tepi jalan... malam kami sekeluarga makan di luar....
Isnin dan selasa aku memanggil orang untuk membaiki bumbung rumahku yang bocor ...agak teruk terutama di bahagian dapur...dan membaiki kerosakan sana sini dalam rumah... lampu rosak dll.. Asalnya aku nak bawa anak2 berjalan sekitar KL tapi aku kena buat perkara ikut keutamaan dan penting terlebih dahulu... sekurang-kurangnya masa cuti aku terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah...paling penting aku menikmati rehat setelah penat dengan kerja sekolah yang tak pernah habis.... orang kata jadi cikgu balik sekerat hari tapi aku balik petang pun kerjanya tak habis-habis... nak kata aku lepak2 aje...aku bukan orang macam tu... tapi sekurang-kurangnya aku tak bawa banyak lagi homework sekolah kat rumah macam selalu aku buat... Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya...Amin.
No comments:
Post a Comment