Guru..merupakan salah satu cita-citaku yang aku beritahu guru semasa di sekolah rendah, maklumle...orang kampung ..tak jumpa pun orang berjawatan besar....naik menengah cikgu aku tanya lagi sebab nak catat dalam kad 001, malas fikir antara pilihan tu, guru juga...
bila dah belajar kat UM di tahun akhir, ramai rakan2 ku mengajak aku apply diploma pendidikan, aku tolak sebab rasa macam tidak boleh nak ajar orang... aku punya baik hati pergi ke kementerian kat Damansara ambilkan borang diploma pendidikan untuk kawan2, sebab aku ada motorsikal...kawan aku pujuk isi borang tapi aku masih tidak yakin...ramai rakan aku dapat buat diploma pendidikan dan aku bermula sebagai kerani di sekolah tuisyen Ins Sains Zahari sementara menunggu untuk konvo...
lepas tu aku try jadi temporary clerk kat OSK & Partner..aku ditawarkan sbg trainee paid dealer...happynya... gaji banyak tapi hati aku tidak bahagia di sana...aku try guru sandaran sementelah menghantar kawan aku memohon GSTT kat JPN Selangor di Shah Alam, masa tu isi borang je...rezeki aku, seminggu lepas tu dapat tawaran mengajar di SM(P) Assunta & kawan aku dapat di SMK Sea Park..
Aku pun bermula menjadi "Cikgu"... Alhamdulillah Allah membuka hati dan memberikan aku rezeki untuk bergelar guru... di sini aku mula merasakan seronoknya menjadi cikgu...
terima kasih kepada bekas murid-murid ku di Assunta sesi petang tahun 1994 kerana secara tak langsung mendorong aku apply KPLI sesi 1994/1995..akhirnya BERJAYA.
No comments:
Post a Comment