Aku dipostingkan kat SMK Kuala Krau lebih kurang 15KM dari rumah aku kat kampung... doa abah dan mak agaknya...apa lagi aku x de masalah tempat tinggal, makan minum kira percuma...2 Julai 1995 bermulalah episode aku sebagai seorang guru tetap (GST).. walau bgmnpun aku hanya berada di sana setahun setengah shj kerana mengikuti suami berpindah ke Selangor pada tahun 1997 dan ditempatkan di SMK Selayang Bharu.. aku ditempatkan di sesi petang..mengajar kelas peralihan dan kemudiah KHB. Aku dapati perhubungan sesama guru agak berbeza dibandingkan dengan SMK Kuala Krau lebih kekluargaan. Bab kata pepatah masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau mengaum ( eh! x boleh mengaum... kena cabut lari klu x mati).
Pada ketika itu Pn Rohani, Pen.Kanan memangku pengetua... sangat straight...kata rakan2.. tapi sepanjang aku di sana aku dapati dia seorang pentadbir yg sangat bagus... kalau staf buat kerja dia ok je...tapi kalau kita x buat kerja, pada aku mmg patut pun... tahun 1997 aku mohon tukar ke SMK Sg Pusu ( berdasarkan papan tanda pembinaan) tapi tak berjaya sebab sekolah x siap...Pn Rohani gelak kat aku sebab minta sekolah x siap... aku ok je...aku minta lg pada tahun berikutnya... ada rakan2 kata aku tak layak mohon sebab sekolah tu sekolah asrama penuh...hanya untuk guru2 berpengalaman aje...tak pe aku diamkan aje... aku juga ditawarkan mengajar pagi bagi subjek ekonomi dan matematik tingkatan 4... happy juga sebab aku suka sekolah pagi..
bila akhir tahun result tukar keluar dan nama aku tak de.. tak pe. akhir tahun juga aku ditugaskan untuk mengawas peperiksaan SPM di SMK Taman Selayang.... aku di call pihak sekolah untuk dtg kerana dapat tawaran bertukar ke SMK Sungai Pusu akhirnya... segala ketentuan hidup kita dibuat oleh-Nya, yang penting kita rajin berusaha dan berdoa memohon kepada-NYA. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYa. AMIN,
No comments:
Post a Comment