Friday, February 12, 2010

Aku seorang guru....5

Bermulanya aku seorang guru biasa di SMK Sungai Pusu mulai 1 januari 1999. Aku diminta melaporkan diri kat sekolah baru pada 20 /12/1998 kalau tak silap...masa tu pentadbirnya menumpang di pejabat SK Sungai Pusu... Ada lebih kurang 19 org guru aje masa tu klu x silap....aku diberikan subjek Kemahiran Hidup... nasib baik aku dah mula mengajar KH semasa di SMK Selayang Baru... Aku gembira dapat bertugas di sekolah ini kerana ia berdekatan dengan rumah yang aku sewa iaitu di Lot 205, Bt 8... Jalan Gombak. Maklum le...aku tak de kereta, sekurang-kurangnya aku boleh naik satu bas sahaja.... kalau aku masih di SMK Selayang Bharu aku terpaksa naik 3 buah bas untuk sampai sekolah...itu antara faktor utama aku minta tukar dulu.

Niat aku menjadi guru bukan nak kejar pangkat... tapi mmg tidak dinafikan ia merupakan sumber kewangan bagi ku... dan aku rasa bidang ini amat penting untuk aku belajar menjadi manusia yang lebih baik.. kalau wang jadi taruhan, tak mungkin aku lepaskan jawatan di OSK dulu... tapi jika tiada ketenangan jiwa maknanya bidang itu tak sesuai kut... Alhamdulillah kerana bidang ini mengajar aku untuk berbuat baik ...jika aku nak minta murid aku rajin , maka aku mesti rajin dahulu... pada aku , sebagai guru aku mesti jadi contoh buat pelajar2 aku.... banyak sangat lagi yang perlu aku pelajari... sekurang-kurangnya bidang ini memberi aku ruang dan peluang untuk belajar banyak perkara dan paling penting aku mahu menjadi contoh yang baik buat anak-anak aku sendiri...

Dulu-dulu orang kata jadi cikgu senang...pergi pagi tengah hari balik...cuti panjang cuti sakan.... hakikatnya berbeza masa kini... jadi cikgu bukan sekadar datang dan mengajar sahaja tetapi kena buat macam-macam kerja... dari kerja tukang sapu, kerani, ofis boy, eksekutif, manager, semua ada.... paling penting setiap job yang diterima difikir secara positif, ikhlas dan berusaha sebaik mungkin...insyaallah segala kerja yang sukar akan dipermudahkan...

No comments: