Friday, February 12, 2010

Aku seorang guru.... 2

Pertengahan tahun 1994, bermulalah aku sbg bakal guru di MPPP...entah mcm mana aku terlantik sbg AJK guru KPLI, dan aku juga terlantik sbg pen. ketua kelas EA2..sepanjang mengikuti KPLI mcm2 kami pelajari..paling tidak dapat aku lupa aktiviti wajib iaitu pendidikan luar dimana kami di bawa ke Pantai Telok Bahang dan bercamping serta membuat pelbagai aktiviti seperti abseling , sesi burong hantu dll.

Kump. aku menjalani sesi burong hantu di malam kedua...kami semua teruja sangat, dan sesi bermula dengan berbaris untuk menghafal password...tak silap " jambu batu" password 2.. kami dipesan untuk tidak menjawab jika ditanya selain perkataan itu, bimbang diganggu oleh makhluk pelik... sesi pun bermula dengan berjalan dalam kegelapan malam...tiba-tiba bahu aku dipegang dan fasililator kata 'u kat sini'..alamak...aku kena tinggal sorang-sorang kat sini..aku pun duduk seperti yg ditaklimatkan sebelum ini... lama aku menanti untuk dipanggil balik dan macam2 ayat yg aku hafal aku baca...tak lama tu, aku nampak rakan-rakan aku berbaris balik tetapi bila mereka lalu sebelah aku, tiada seorg pun panggil utk balik..aku ingat aktiviti tersebut belum habis..aku duduk shj..

...rupa2nya mmg mereka betul2 balik..bila sampai sj di kaw khemah ...heboh ada student hilang...aku le..2.. bila disiasat rupa2nya ada kawan aku main potong que..patut le... mereka didenda untuk pergi semula jemput aku....alhamdulillah.

sampai aje aku terus ditanya kenapa tidak ikut balik..tapi aku ikut arahan...pensyarah aku faham...mereka lega dan pelik macam mana mereka dan AJK tak nampak aku kat bawah pokok tu... kena sorok kot...aku dengar student KPLI selepas tu tak buat lagi sesi 2... bahaya...elok juga

No comments: