Wednesday, January 27, 2010

Tahniah...buat Joe & Niza





Alhamdulillah, hari ini aku turut menerima tempias kenaikan pangkat sebagai wan kepada cucu saudaraku yang bertambah dari 5 kepada 6 orang.... tahniah buat ibu bapa baby boy yang baru dilahirkan di PPUM PJ petang tadi Joe & Niza...akhirnya setelah 2 orang puteri dapat putera juga... cucu putera sulong dalam keluarga kakak ku... bertambah meriah keluarga.... harap-harap cucu yang bakal lahir mac nanti baby boy jugak... baru ada kawan....

Saturday, January 9, 2010


Gambar kenangan semasa di kelas 5 PM tahun 1986 yang lalu... antara nama-nama rakan yang masih terlekat dalam kepala ialah salmi, asri, manisah, hanim aribah, puteri raslinda, rosilawati, anwar, mazli, hasruddin, gettha, khoo shuey jen, rashidi, azam... yang lain tu lupe lak.... maklumlah dah lebih 20 tahun meninggalkan sekolah....

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2010

Isnin 4 Jan 2010 merupakan hari pertama sesi persekolah tahun 2010.Rutin aku sekeluarga berubah kembali....anak sulungku memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah di tempat aku mengajar manakala anak kedua ku kesekolah sk sg pusu di sesi pagi. anak ketiga dan keempat pula di sesi petang. Tq buat husband kerana sanggup mengambil cuti selama 2 hari bagi menguruskan persekolahan anak-anak di awal tahun...itu hikmahnya aku bersuamikan bukan guru....mudah untuk memohon cuti...kalau tidak terpaksa berbahagi cuti...semoga sesi baru persekolah ini akan memberi semangat untuk lebih berjaya menjadi insan yang berguna...AMIN

Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang ke.....


Buat kakak ku tersayang....Nurulniah bt Hassan

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Wednesday, December 30, 2009

Hari Orientasi Ting.1 tahun 2010

Telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 31 Disember 2009 bersamaan hari Khamis di Dewan Mutiara Bestari, SMK Sungai Pusu.Aku terlibat sebagai penyambut tetamu bersama Pn Noriza Ali... Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar & tahniah kpd penyelaras ting. 1 Pn Marzuria serta AJK lain yang terlibat. Nampaknya kehadiran pelajar untuk mengesahkan kemasukan ke tingkatan 1 tahun ini agak ramai...semua pelajar yang hadir juga menerima bantuan buku teks... semoga pelajar yang kekal di SMK Sungai Pusu untuk menuntut ilmu di sini akan terus berjuang dengan gigih selepas kejayaan dalam UPSR yang lalu.... semoga menjadi pelajar yang berjaya , cemerlang dan berakhlak mulia...

Sunday, December 27, 2009

Anakanda ku... alang