Wednesday, July 6, 2011

Selamat berpindah.... Kak Ros & Wan....

Minggu ini dimaklumkan Pn Wan Saliana kerani akaun dan Pn Rosmawati Ketua Kerani berjaya dalam permohonan pindah masing-masing di SK Damansara dan Sek Men Sains Raub Pahang.... Tahniah...

Buat Wan, semoga lebih tekun & cemerlang di tempat baru... buat kak ros, moga bahagia disamping keluarga tercinta setelah lama berjauhan... walaupun baru tahun ini mengenali kak ros, tetapi kemesraan dan keikhlasan yang ditonjolkan amat bererti.... banyak perkara yang aku belajar dari kak ros , seronoknya dapat bekerja bersama dengan seorang yang banyak pengalaman, cekap dan mesra.... semoga ukuwah ini akan terus berpanjangan...amin.

Esok, khamis 7 Julai 2011 majlis perpisahan akan diadakan oleh BKS... mudah-mudahan majlis ini menjadi memori manis buat kita semua...

Larian 1murid 1sukan 2 Julai 2011 (Sabtu)

Alhamdulillah, acara larian berkenaan telah pun selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada rakan-rakan guru dan para pelajar serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak lupa juga pada Pn Malinda ajk PIBG yg sudi hadir dan menyampaikan hadiah. Seramai 1042 orang pelajar telah terlibat dalam larian.... pencapaian yang amat menggalakan dan membanggakan... tahniah kepada para pelajar kerana menyokong usaha cikgu untuk membantu pelajar bagi memperoleh markah kokurikulum yang lebih baik.

Kepada guru-guru yang sanggup datang malam untuk menyiapkan gerbang juga diucapkan tahniah.... en hafiz, en fadly, pn norriah dan pn norbaeyah... Cik Norshalizawati yang sanggup stayback hingga jam 6 petang utk menyiapkan borang2 dan ketiga2 su sukan dan penolong yang bekerja keras... tahniah dan terima kasih