Sunday, December 14, 2008

Kumpulan Terakhir Kursus PTK DG44 Dis 2008

Alhamdulillah,
aku dah pun selesai menghadiri kursus ptk dg44... setiap apa yang kita lalui berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kita tempuhi dengan penuh keyakinan dan positif insyaallah akan wujud keseronokan....
sebelum berkursus aku dengar macam-macam tapi bila lalui sendiri... alhamdulillah.... ok je. banyak ilmu baru aku perolehi. pelbagai cabaran... dengan public speaking, persembahan individu, persembahan kumpulan dan ujian akhir kursus.
Sebelum mengikuti kursus aku dahpun diduga terlebih dahulu apabila aku ditempatkan di Melaka tetapi bila sampai di sana nama aku tiada tapi di tempatkan di Kuala Lumpur.... aku berpatah balik ke KL.... semasa taklimat kumpulan B aku dilantik pula sebagai ketua PK 8...
Roomate aku kak Zunaidah dari SMK Sulaiman Bentong Pahang.. aku berjumpa dengan abang tan dan isteri kak pauzan, coursemate semasa di UM cikgu siti noor, dan coursemate di maktab penang.. cg hanani... dan seronok dapat kenalan baru cg bahariah baharam, cg ruzlin abd ghafar dan ramai lagi

Terima kasih pada semua rakan-rakan yang membantu secara langsung dan tidak lan gsung... kak honey, cg ibrahim, kak ruziah library, cg hasliza, kak rahmah dan lain-lain....

Friday, November 28, 2008

KURSUS PTK KOHOT10/2008

TARIKH: 29 NOV - 6 DIS 2008
TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA, AYER KEROH, MELAKA

Moga aku dapat hadiri kursus ini dengan jayanya. Insyaallah

Hari Kecemerlangan Tadika Ar-Raudah


HARI KECEMERLANGAN TADIKA AR RAUDAH
AHAD 23 NOV 2008
9.00AM



Majlis terakhir aku dan family menghadiri masjlis ini kerana anak bongsuku Amir Haziq telah pun tamat di tadika ... selamat melangkah ke darjah satu tahun depan buat anakku...

Hari ini juga pembantu ku akan balik bercuti ke Bandung , Indonesia.. selesai majlis kami sekeluarga berangkat ke airport di LCCT, Sepang...

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Pusu 2008




HARI ANUGERAH SKSP 2008
KHAMIS 13 NOVEMBER 2008



Tahniah buat anak-anak ku kerana berjaya mencatat kecemerlangan dalam akademik

Nur Amira Sofea . No. 1 dalam kelas/aliran darjah 5
Amir FaRIS No. 1 dalam kelas / aliran darjah 3
Nur Amira Adila No. 3 dalam kelas / aliran darjah 1

Moga kejayaan hari ini mendorong anak-anakku untuk belajar lebih cemerlang pada masa depan.


Majlis graduasi smksp tahun 2008

MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI BESTARI 2008
PERANGSANG GOLF & RESORT, TEMPLER PARK
KHAMIS 30 OKTOBER 2008
2.30 - 6.00PM

Alhamdulillah majlis graduasi berjalan dengan lancar walaupun berdepan dengan macam-macam karenah.... terima kasih kepada Dr Kamal Afenddi Hashim kerana sudi hadir merasmikan majlis berkenaan... ucapan yang diberikan begitu menarik dan menyentuh perasaan.... dengan isi yang sarat dan maklumat yang tepat dan lengkap ... kepada semua pentadbir , lebih-lebih lagi ahli jawatankuasa yang begitu komited... terima kasih...... kepada pelajar yang terlibat, moga majlis ini menjadi ingatan dalam lipatan sejarah hidup kalian

Monday, March 31, 2008

1 st April



tarikh penting dalam hidup ku... aku gembira kerana pada tarikh itu juga my hubby dapat kenaikan pangkat... moga rezeki kami bertambah dan husbandku sentiasa bersyukur dan menyayangiku dan anak-anak.... semoga Allah sentiasa memberkati rezeki ke atas kami sekeluarga dan memberikan hidayahNya buat kami...

Anak-anakku semasa di zoo negara sempena cuti maulidur rasul bersamaan hari khamis 20 mac 2008.