Saturday, September 25, 2010

Program Sentuhan Pakar KHB 2010






Terima kasih tidak terhingga buat guru cemerlang KHB Daerah Gombak, Cikgu Jamil Ghafur Khan yang sudi memberikan tips2 buat pelajar tingkatan 3 SMK Sungai Pusu yang akan menduduki PMR pada 5 Oktober 2010 nanti. Buat semua guru KHB iaitu Pn Nurlailatul Badriah ( Ketua panitia), Pn. Mariza, Pn Hazlina, Pn Noorain, Pn Nurul Aini, Pn Norzila, Cik Junainah dan Pn Suazlinda yang hadir semasa majlis dan telah menjalankan tugas masing-masing dengan sangat baik, diucapkan jutaan terima kasih , semoga prestasi kerja dan cara bekerja berpasukan yang diamalkan akan diteruskan. Semoga KHB pada tahun ini berjaya mencatat pencapaian 100%.

Program Perkampungan PMR 2010



Berlangsung selama 3 hari 1 malam mulai khamis 23/9 hingga 25/9. Semua pelajar muslim bermalam di asrama pada jumaat mlm sabtu. Terima kasih kepada semua ajk yang terlibat dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kebaikan rakan-rakan dalam melaksanakan tugas yang diberi dibalas oleh Allah dengan kebaikan berganda .

Majlis Solat Hajat & Mohon Restu PMR 2010

Tuesday, September 21, 2010

Saturday, September 18, 2010

Tahlil Kubur






Program tahlil di tanah perkuburan merupakan tradisi turun temurun di kampung kesayangan ku Kg Lipat Kajang..... memori aku duduk berbaris dengan membawa beg plastik ( jabe ) untuk diisi beras dan syiling ketika itu tak mungkin terpadam... indahnya saat-saat aku balik dan mengira duit yang ada di dalam beras.... tapi kini tiada lagi beras, yang ada wang syiling dan kertas...zaman sudah berubah... apa pun tradisi ini wajar dipertahankan

Raya di rumah kak long 2010




Anak-anaku di Aidil Fiti 2010


Keluarga Tam



Aidil Fitri 2010 di Temerloh





Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

buat ibu, mertua, suami, anak2 dan kaum keluarga serta sahabat handai dan murid-murid ku serta bekas guru-guruku....