Monday, May 18, 2009

Hari Guru 2009

SMK Sungai Pusu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada Isnin 18 Mei 2009. Aku turut menjadi salah seorang ajk perayaan tersebut sebagai penyedia brosur.. alhamdulillah telah berjaya dibuat tetapi tidak menepati tema iaitu warna pink....aku dah cetak menggunakan warna kuning.... buat pertama kalinya dalam sambutan kali ini semua guru telah berjaya menghadiahkan semua pelajar dengan memberi ais krim skup..... sambutan hari guru yang ke 10. Alhamdulillah juga hadiah labu sayong yang disediakan BKS agak menarik dan mempunyai kelebihan... tahniah ajk BKS.

Beberapa anugerah telah disampaikan buat guru-guru antaranya anugerah berdasarkan pilihan pelajar iaitu;
Anugerah guru popular - En Muhammad Kammal Kamaruddin bin Jalil
Anugerah guru bergaya - Cik Norhasimah Mohamed
Anugerah guru penyayang - Pn Wan Mariamah bt Wan Abd Hamid
Anugerah guru sporting - En Fazamin
Anugerah guru idola - Tn Haji Abdul Karim bin Ihwan

Anugerah pilihan pentadbir pula ialah;
Anugerah guru inovatif - Cik Norhasimah Mohamed
Anugerah guru dedikasi - Pn Roslina Shahir
Anugerah guru berwawasan - Pn Rajiah bt Hassan
Anugerah guru berketrampilan - Pn Hjh Imelda Sahriah bt Ishak
Anugerah Tokoh Guru 2009 - Pn Maizatul Hasniah bt Hasan

Aku terkejut bila nama aku dipanggil bagi menerima anugerah berkenaan..... terima kasih kepada ajk pemilihan dan alhamdulillah kepada Mu ya Allah.... namun aku mula merasai beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul bila menyandang anugerah itu... layak kah aku..... kepadaMu ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk memikul tanggung jawab ini, jadikanlah aku guru yang sentiasa mempunyai kesungguhan yang tinggi, yang jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanahmu ini.... amin, amin amin.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA GURU SEMOGA KITA MENJADI GURU YANG MASUK KE SYURGA ALLAH. AMIN.

Kursus Team Building Guru dan Staf SMK Sg Pusu di Teratak Hijjaz


Buat julung kalinya smksp mengadakan kursus team building dengan melibatkan semua guru dan staf yang dilangsungkan pada 15 hingga 16 mei di teratak hijjaz sg merab dengan kerjasama IP Minda Consultan yang dikelolakan oleh ustaz azlan..... secara peribadi aku merasakan kursus itu berjaya walaupun hanya 10% modul yang dirancang dapat dilaksanakan.... sikit tapi bermakna..... tq PIBG, YDP dan NYDP, tahniah Shakirah & Imelda....

Malam Sentuhan Kasih 24 Januari 2009


Merupakan satu sejarah bagi warga smk sg pusu kerana dengan kesungguhan PIBG majlis telah dilangsungkan dengan jayanya pada sabtu 24 jan 2009 dengan kehadiran tetamu kehormat menteri pelajaran malaysia dato hishamuddin tun hussien onn