Saturday, August 15, 2009

Mesyuarat Pelaporan PBS 2009


Bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur, pada 10 hingga 12 Ogos 2009, semua KPN dan KPKw bagi subjek teras dan elektif PMR dan UPSR telah berkumpul selama 3 hari 2 malam bagi mendapatkan dan menyediakan maklumat berkaitan untuk peningkatan prestasi PBS di peringkat negeri Selangor.

Program Ilmu Keibubapaan


Telah dijalankan pada sabtu 8 ogos 2009 di dewan mutiara bestari, smk sungai pusu.

Dato' Siti Norbahyah Mahmud dan Suami Ustaz Wan Akasah telah berjaya mencuit

hati para hadirin sepanjang majlis berlangsung. Tahniah kepada YDP Pibg, Nydp dan para AJK

yang mengaturkan program ini.

Perkampungan PMR 2009


Telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula jumaat 7/8-9/8 yang lalu. Kehadiran pelajar yang menginap di asrama baik tetapi bagi pelajar yang tidak menginap sangat mendukacitakan. semoga pelajar tingkatan 3 akan diberikan Allah kesedaran.... mudah-mudahan mereka berjaya.

Program Immersion 2009


Terima kasih kepada Pn Shamsiah bt Ahmad Jufri, Pengetua SMK Dato' Ahmad Razali, Hulu Langat di atas perkongsian ilmu selama seminggu di SMK Sungai Pusu ( 3 /8- 7/8). Segala nasihat sangat saya hargai... semoga puan menjadi pengetua yang cemerlang .

Friday, August 14, 2009

Program Motivasi Nur Kasih Ting. 3 dan Ting 5


Program Nur Kasih
Tarikh/ hari : 29 Julai 2009/ rabu
Masa: ting. 3: 8.00 hingga 10.30 am
Ting. 5 : 11.00 hingga 1.30 pm
Tempat : dewan mutiara bestari

Merupakan program peningkatan prestasi untuk PMR dan SPM dengan pendekatan konsep kerohanian agar pelajar bersyukur dan sentiasa berusaha dalam kehidupan. Ustad Sabri bin Abdul Rani daripada Perunding Fokus Budi telah diberikan amanah ini dalam usaha memberikan motivasi dalaman kepada pelajar untuk lebih bersedia berhadapan dengan peperiksaan yang akan tiba. Pelajar diberikan dengan tips dan amalan yang sesuai untuk dipraktikkan agar mudah menerima ilmu dari guru dan bersedia menghadapi peperiksaan . kesimpulannya, Program Nur Kasih telah berjalan dengan jayanya.