Tuesday, September 20, 2011

Karnival Sukan & Permainan 1

Karnival Sukan & Permainan 1 bagi ting. 1, 2 dan 4. Permainan yang terlibat ialah futsal (lelaki shj), bola tampar ( lelaki & perempuan) dan bola jaring ( perempuan sahaja).

Sunday, September 18, 2011

Pertunangan Azim & Molly







Sabtu 17 sept. termetri ikatan pertunangan antara anak buahku abdul azim & molly....  semoga ikatan ini kekal hingga perkahwinan dan sehingga ke akhir hayat.

Ayah masuk wad...

Sepanjang 15 tahun perkahwinanku dengan suami, alhamdulillah sihat dan kalau sakit pun tak pernah sampai masuk hospital, aku jer yang 5 kali masuk hospital tu pun sebab bersalin dan sakit nak bersalin.... ujian Allah untuk hambanya tida mengira waktu, ketika anak kedua ku ke medan peperiksaan UPSR, suamiku sakit dan dirawat dihospital.... kena operate apendik lagi.... ketika itu pulak aku berazam untuk puasa sunat syawal tanpa henti..... penatnya berkejar ke sana sini untuk urus anak dan jenguk suami dihospital, alhamdulillah aku dah dah pun ambil  crk 2 hari kerana urusan di kampung.... terpaksa ditangguhkan kerana suami & anak adalah keutamaanku...
Khamis 15 sept, alhamdulillah suami ku keluar dari hospital dan keesokan harinya kami sekeluarga balik ke kampung bagi menghadiri majlis pertunangan anak abg tan di felda padang piol.... first time, aku drive bawa family ke kampung sejak kahwin... bila drive dan ada co pilot di sebelah tak syoknye..... tapi diam jer...





Angah....UPSR 2011

Tanggal 13 September hingga 15 Sept. merupakah tarikh UPSR bagi anak kedua ku..Amir Faris... semoga cemerlang dlm UPSR nanti walaupun diduga dengan ketiadaan ayah semasa ulangkaji dan sepanjang UPSR kerana sakit di Hospital Ampang Putri... moga angah tetap cemerlang dengan doa dari ibu dan ayah sepanjang exam.

Tuesday, September 13, 2011

Gambar guru & Staf 2011

UPSR 2011

Selamat menduduki UPSR 2011 dengan jayanya buat anak ibu tersayang Amir Faris B Zaidi... mulai 13/9 hingga 15/9. Semoga diberkati Allah dengan kejayaan yang cemerlang. Apa jua keputusan ibu terima dengan hati terbuka kerana angah sudah pun berusaha sebaik mungkin. Terima kasih buat suami yang menjadi guru yang paling gigih membantu .... rupa-rupanya Allah duga abang dengan kesakitan sehari sebelum angah exam dan pada hari pertama upsr kena operate apendik, walaupun dah plan cuti sepanjang upsr sbg sokongan buat angah... akhirnya aku yang ambilalih tugas tu... ini juga merupakan dugaan buat anakku.. semoga angah buat yang terbaik & Abang cepat sembuh....

Friday, September 9, 2011

Bilik ku.... jun 2011







Anak-anakku teringin pergi ke bilik ku setelah dicat baru..... semoga mood baru membantu aku menerima tanggung jawab ini dengan senang hati. Kerja Ikhlas Hidup Berkat. Amin.

Thursday, September 8, 2011

Senamrobik di Dataran Kejat































Bersenam Untuk Kesejahteraan, Tubuh Sihat Kerjaya Hebat, Ikhlas Bekerja InsyaAllah Berkat.






















Jumaat 9 9 2011 jam 7.30 hingga 8.15am aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bersama dengan guru-guru PJK berjalan dengan lancar dan sangat menarik. Semuanya kelihatan happy semasa menjayakan aktiviti berkenaan. Tahniah dan terima kasih buat cikgu fauziah, cg fadly , guru2 PJK dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.











Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011































Gambar raya kite ler...

AidilFitri 2011

Selasa, 30 Okt merupakan hari raya aidilfitri tahun ini.... aku sekeluarga, abg zubir & abg tan dan keluarga masing2 turut balik.... sehari sebelum raya, masing-masing sibuk menyiapkan juadah... semua orang bekerjasama, kepenatan tidak terasa sangat... Malam akhir berbuka dengan meriahnya.... seronoknya mengingatkan situasi tersebut.. malangnya tiada seorang pun teringat untuk snap gambar sekeping dua untuk ingatan bersama.... memori indah itu hanya boleh disimpan sendiri....