Tuesday, May 18, 2010

Ucapan Hari Guru...


Terima kasih... ucapan selamat hari guru secara lisan atau tidak sangat bermakna buat seorang guru... apatah lagi jika dihadiahi dengan kejayaan dalam subjek yang diajar... terima kasih buat semua anak didik, juga terima kasih atas ingatan rakan guru atau bukan guru, sahabat yang dekat mahu pun yang jauh di mata, dari keluarga tercinta.... terima kasih....

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari guru Peringkat Sekolah


Isnin, 17 Mei 2010...Majlis sambutan hari guru SMK Sungai pusu disambut meriah bertemakan warna merah....tanda keazaman dan keberanian serta kesungguhan guru2.

Saturday, May 15, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010




Alhamdulillah majlis dah selesai... Tahniah buat Kak Mus, penolong kanan dan barisan AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu...

9 Mei 2010.... hari yang bermakna buat semua ibu di dunia ini kerana seluruh dunia meraikan hari ibu.... walau apapun gelarannya..emak, mak, umi,ma, mother, mama..etc
cara nak meraikan hari ibu bergantung kepada individu...beri ucapan, beli hadiah, bawa jalan2, bawa makan2.. telepon dan sebagainya... bagi aku, setiap hari adalah hari ibu... doa buat ibu, buat macam2 keje ingat kat ibu... nak buat jahat, ingat kat ibu supaya kita x buat, bila buat baik, ingat kat ibu... pasti ibu gembira jika dia tahu... ingatan terhadap ibu membantu pelakuan kita seharian... jika kita sayang ibu... aku sayang ibu... ibu engkaulah ratu hatiku... tanpamu aku tidak lahir ke dunia ini... terima kasih ibu... terima kasih emak...

Saturday, May 8, 2010

HAC 2010...



Wow! seronok buat kerja sebab lagi buat lagi banyak ilmu yang dapat... klu x de job..kekadang kita malas nak fikir... apa yang aku buat ni okay ke... tunggu je... anyway aku dah spend masa yang banyak untuk ini..dan +++

Baru perasan... tahun tu silap... keh3x... bahaya ni..sampai tahun pulak lupa..

pembetulan3x... tahun 2010

Thursday, May 6, 2010

Seronoknya balik kampung....





Dah lebih sebulan aku tak balik kampung jumpa dengan bonda tersayang... Alhamdulillah Sabtu 1 mei 2010, aku berkesempatan balik kebetulan cuti hari buruh.... 6.45am bertolak dari Greenwood ke kampung... alhamdulillah jalan ok je tak jam macam malam tadi... maybe pagi lagi kot... sampai di kampung sempat singgah di pekan sehari di simpang empat.... lepas makan tengahari bawa mak berjalan ke Temerloh dan minum petang di rumah kak yah....

Ahad, kami balik semula seperti jadual biasa....

Rabu selepas zuhur dapat panggilan telefon memaklumkan mak anjang meninggal dunia... Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama2 orang yang beriman. Al-Fatihah. Sedih juga sebab semasa balik kampung tak sempat menjenguk arwah...