Tuesday, June 15, 2010

Happy Birthday Angah





Selamat Hari Jadi buat anak ibu yang disayangi...
14 Jun sentiasa diraikan....
semoga menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri,
bermanfaat juga kepada orang lain..

Wednesday, June 9, 2010

Yess... dah selesai duduki exam PTK TK3...kali akhir....


Leganya rasa bila selesai menduduki exam PTK hari ini...almaklum le...kali terakhir untuk TK3... apapun resultnya.... hanya Allah yang menentukan..


Kenangan slip PTK Jun 2010..

Tuesday, June 8, 2010

Exam PTK DG44_TK3 10 Jun 2010




Khamis 10 Jun 2010 aku kena menduduki PTK DG44-TK3 kali terakhir.... kat SMK Seri Gombak jam 9.00 pagi dan 11.00 pagi... lulus 4 alhamdulillah... klu sekadar 3 dan ke bawah jawabnya tunggu lagi 5 tahun le.... apapun buat yang terbaik, selebihnya berserah kepada Allah... sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Ya Allah lapangkan dadaku, lancarkan penaku, permudahkanlah urusan ku... Amin.




Thursday, June 3, 2010

Mesyuarat Program Peningkatan Akademik Negeri Selangor Kali ke dua di PPD Gombak

Khamis 3 Jun 2010 jam 8.00 pagi bertempat di PPD Gombak.. seronok sesekali keluar dan bekerja bersama rakan-rakan dari sekolah lain.... Thanks kak Rosni yang tak pernah lokek untuk berkongsi bahan dgn rakan 2 lain... semoga menjadi guru cemerlang daerah Gombak satu hari nanti seperti kak Noriah dan Cg Jamil...

Friday, May 28, 2010

Seronoknya bercuti...

Hari ini Jumaat 28 Mei 2010, cuti sempena perayaan wesak... itulah kelebihannya menjadi rakyat malaysia, tanda menghormati kaum lain, semua kaum turut menikmati cuti mengikut peruntukan yang dipersetujui. Setiap individu akan menggunakan cuti yang ada dengan pelbagai urusan peribadi walaupun terdapat setengah majikan tidak menggunakan cuti ini sebagai cuti umum, mungkin mereka memilih hari lain untuk bercuti. Apapun kita patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang ada.

Cuti hari ini aku habiskan dengan mengemas barang-barang yang tidak dipakai untuk dilupuskan atau dibawa balik ke kampung... terima kasih kepada adik aku , Atam yang meminjamkan lori dan abang aku Abg Min yang sedia untuk mengambil barangan berkenaan.... untuk diangkut ke kampung. Pukul 11.00 pagi sampai ke rumah aku, duduk dan borak2 seronoknya..hampir jam 11.30pagi baru masukkan barang ke dalam lori... lepas tu aku pun memasak nasi arab dan nasi ayam kat kedai depan... tak payah guna dapur, janji bawa pulus je... dah penat angkut barang, kami pun makan sama2... first time makan nasi arab.... banyaknya lauk...

12.30 tengahari mereka bertolak balik , jalan jam..hampir jam 3.00 petang baru sampai... Terima kasih kerana tolong angkut dan kemas barang hingga ke atas rumah... Petang aku dan suami ronda 2 lagi, masih belum berhasil... sempat singgah kat rumah rakanku.... jenguk rumah baru dia... cantik..

Tuesday, May 25, 2010

Pembentangan Sinopsis Buku


Sabtu 22 Mei 2010, aku dan rakan-rakan pentadbir dikehendaki membentangkan buku yang dibaca. Sesi didahului oleh pengetua kami , Tuan Haji Abdul Karim bin Ihwan, Penolong Kanan HEM Pn Siti A'ida Joned dan berhenti rehat dan makan pagi.

Sesi kedua diikuti oleh GKMP Bahasa, Pn Normah Md Damin, GKMP Sains Math, Pn Norbaeyah Abdullah ,GKMP Kemanusiaan pn Norriah Abd Shukur selaku SU Ladap dan akhirnya aku sendiri...

Tajuk yang aku pilih ialah " Teori dan Teknik KEPIMPINAN Aplikasi di tempat kerja oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd terbitan PTS". Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua orang kerana semua orang adalah pemimpin walau apa pun peringkatnya....

Kawan Lama...


Ahad 23 Mei lepas, merupakan hari yang indah buatku kerana dapat mendengar cerita tentang kawan-kawan sekolah yang dah berpuluh tahun lamanya terpisah...sejak 1984.. terima kasih Jefri kerana sudi berkongsi info dengan aku.... Morniyati Ibrahim dah pun bergelar pustakawan sejak 14 tahun yang lepas di UPM, Salmi Rozahan sudah pun memegang degree kejururawatan dari UPM, Zuharidah Harun sudah pun bergelar Datin dan menguruskan business sendiri... seronoknya jika dapat peluang untuk berjumpa, walaupun dah berubah fizikal... mahupun pemikiran... sesunggunhya memori suka duka yang pernah terpahat tidak mungkin terpadam....