Saturday, July 10, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah...




Dalam kesibukan berpindah rumah, ada barang yang disimpan tak jumpa bila dicari, ada barang yang disimpan dulu tak dicari jumpa lak.... harap-harap bila simpan kat sini ia tak hilang lagi...

Kursus di Marina Cove Lumut Perak



Rabu hingga Jumaat pada 7-9 Julai aku menggantikan rakan setugas untuk berkursus ... ikut hati aku x nak pergi , tapi kesian lak kat kawan...kebetulan aku pun free...

Aku dapat berkenalan secara x langsung dengan rakan-rakan lain dari sekolah sekitar daerah Gombak... walau aku bukan penolong kanan tetapi tetap diraikan sebagai rakan sekursus... itu kelebihan menjadi seorang guru...kita x berbeza walau apa pun pangkat kita... yanga penting saling hormat menghormati....

Friday, July 9, 2010

Pindah Rumah....




Sabtu &Ahad 3-4 Julai 2010, aku sekeluarga mula operasi beroperasi pindah ke rumah sewa di Desa Minang.... Ahad secara rasminya dengan bantuan Madi, Ramlan & the geng.... 6 kali trip.... penatnya.... operasi patutnya selesai tengahari tergendala kerana hujan.... Alhamdulillah semuanya dah selesai... Isnin aku ambil CRK.... penat dan sakitnya kaki aku ... Seronok juga duduk kat rumah baru ini.... maybe lebih besar , dekat dengan surau, kedai...dan suasana yang aman.. kami semua happy je di sini....

Sunday, June 27, 2010

My Family


Diambil pada 26 Jun 2010 sempena majlis perkahwinan sepupu di kg pulau besar rembau.....

Selamat Pengantin Baru




Buat sepupu Rozahimah dan Sham ...pada 26 Jun 2010 di Kg Pulau Besar , Rembau Negeri Sembilan.

Thursday, June 17, 2010

Selamat Hari Bapa


Tahukan anda bilakah tarikh sebenar sambutan hari bapa... tarikh sambutannya berubah2.. dan dikira pada hari minggu (Ahad) minggu ke tiga setiap bulan Jun.. maknanya pada tahun 2010 ia akan disambut pada Ahad 20 Jun nanti....

Apapun tarikhnya tiada masalah, asalkan kita sentiasa tahu menghargai bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi... bagi mereka yang masih mempunyai bapa atau ayah, hormatilah mereka dan bagi yang telah tiada, jangan lupa berdoa dan sedekahkan bacaan Al-Quran buat mereka ...

Buat semua bapa, jadilah pemimpin keluarga yang dapat membimbing isteri, isteri-isteri, dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya semoga berbahagia di dunia dan di akhirat nanti...

selamat hari bapa buat suamiku tercinta....

Tahniah!









Tahniah kepada pelajar2 cikgu yang berjaya mencatat pencapaian A ( cemerlang) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi subjek KHB Perdagangan dan Keusahawanan tingkatan 3. Semoga usaha ini diteruskan apabila berhadapan dengan Peperiksaan Percubaan pada bulan Ogos nanti. Pencapaian lebih cemerlang dan gemilang dalam PMR nanti. Amin.