Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat PIBG SK Sungai Pusu 2010





Ahad, 28/3/2010 jam 8.00 am; Hari ini aku dan suami bersama anak sulungku, Sofea hadir ke Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 13. Anak aku turut serta kerana terlibat bagi majlis Anugerah Cemerlang PIBG SK Sg Pusu... semua pelajar UPSR 2009 yang mendapat 5A dan 4A 1B dijemput untuk menerima hadiah.. terima kasih kpd PIBG SK Sungai Pusu, semoga anugerah ini menjadi semangat untuk mereka lebih berjaya dan menjadi pendorong kepada pelajar yang bakal mengambil UPSR pada tahun ini.. Majlis hari ini diserikan dengan kehadiran Pn Patifah Shamsudin timbalan PPD... hari ini juga diadakan perasmian Pondok Ilmu yang dinamakan "Pondok Ilmu Abd Wahab Sulaiman " mengambil nama guru besar yang akan bersara pada oktober depan...

No comments: