Friday, April 9, 2010

Mesyuarat Permurnian Program Peningkatan Akademik Negeri Selangor





Khamis, 8 April 2010 aku, cikgu Shuhaimi, cikgu Shaiful, cikgu Anizan, cikgu Ros Melati, cikgu Zohrian, dan beberapa orang lagi yang aku terlupa catat nama... telah hadir ke Kelab Shah Alam Selangor untuk memurnikan soalan... aku juga diminta untuk jadi penilai bagi subjek KHB PK... alhamdulillah aku dapat berkenalan dgn cikgu Ros Melati guru dari SMK Methodist... dah berkenalan peramah orangnya... Alhamdulillah semua guru yang terlibat memberikan kerjasama yang amat baik, semuanya saling bantu membantu... hasilnya kerja berjalan lancar .. hampir pukul 4.00 petang aku beredar dari situ... beberapa orang rakan masih dalam proses menyiapkan tugasan... aku nak tunggu tetapi bila mengenangkan mesej yang diterima anak tertinggal bas, aku bekejar balik ke .. maklumlah.. Shah Alam ke Gombak agak jauh... First time drive sendiri ke Shah Alam.. cikgu Shuhaimi tunggu kat tol shah alam... tapi bila balik aku terpaksa balik sendiri... redah aje... rupa2 masuk tol Guthrie... tak kisah le...yang penting aku sampai...

No comments: