Monday, April 12, 2010

Minggu Teknik dan Vokasional 2010






Majlis Perasmian MTV 2010 telah berlangsung pada Isnin 12 April 2010 di Dataran Kejat. Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj Abdul Karim Bin Ihwan. Majlis berlangsung mengikut perhimpunan rasmi, dan pada hari ini pasukan Kadet Polis diberi tugasan untuk menguruskan perhimpunan. Setelah selesai ucapan guru bertugas pada minggu ini, majlis diserahkan pula kepada Cik Siti Nurulnadiah selaku pengacara majlis MTV 2010. Seterusnya taklimat daripada pengarah program iaitu Pn Edria Nita berkaitan aktiviti -aktivit yang akan dijalankan seterusnya upacara perasmian yang dibahagikan kepada dua bab iaitu pertama memotong riben pada banting dan mencabut 5 keping saham MTV kepada peserta bertuah.

No comments: