Sunday, February 14, 2010

Untuk renungan ....

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj , Nabi Muhammad S.A.W telah dibawa oleh Jibril ke Syurga dan di pintu syurga terpampang tulisan seperti berikut:

" Sesungguhnya sedekah memperoleh pahala sepuluh (10) kali ganda dan memberi hutang ( kepada orang yang dalam kesusahan ) memperoleh pahala lapan belas (18) kali ganda"

Melihat tulisan itu Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril: " Mengapakah pahala orang yang memberikan hutang lebih besar daripada pahala orang yang bersedekah?"

Jibril menjawab: "Benar, sebab orang yang diberi sedekah kadang-kadang masih mempunyai sesuatu keperluan hidup, sedangkan orang yang berhutang sudah tentu dia sangat memerlukan dan berada dalam keadaan kesempitan atau memang tidak mempunyai persediaan, sedangkan ia tidak sudi meminta-minta".


Petikan: Buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah m/s 79

No comments: