Monday, February 15, 2010

Untuk Renungan ...

Berdasarkan petikan cerita Israk dan Mikraj.....

KEAJAIBAN SURAH AL-FATIHAH

Dari Rafi' bin al-Mu'la, katanya bahawa rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: " Mahukah aku beritahukan kepada engkau surah yang paling besar (kelebihan dan fadhilatnya) di dalam Al-Quran, sebelum engkau keluar daripada masjid ini? Lalu baginda memegang tanganku (sambil berjalan untuk keluar dari masjid) . Aku menjawab: Ya, anda berkata akan memberitahukan kepada aku surah yang paling besar dalam al-Quran? Nabi s.a.w pun bersabda : Surahnya ialah surah AL-HAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN (Al-Fatihah) yang mengandungi tujuh ayat yang diulang-ulang, dan al-Quran yang mulia yang diberikan kepadaku" - (Riwayat Imam Bukhari)

KEAJAIBAN SURAH AL-BAQARAH

Sabda rasulullah s.a.w , maksudnya: " Sesungguhnya Allah s.w.t menutupkan surah al-Baqarah dengan dua ayat (ayat 285-286), yang kedua-duanya diturunkan dari perbendaharaan di bawah 'Arasy. Oleh itu pelajarilah (bacalah) kedua-duanya dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana kedua-duanya adalah rahmat, sebagai bacaan dan doa (harian)." (Riwayat Al-Hakim dari Abu Zar)

Sabda Rasullulah SAW lagi, maksudnya: "Pada akhir ayat surah A--Baqarah terdapat dua ayat (ayat 285 - 286) , sesiapa yang membaca kedua-duanya pada malam hari, nescaya Allah melindungi." ( Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah).


Petikan dari: Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Alah...

No comments: