Sunday, August 15, 2010

Day to remember....





Selasa, 10 Ogos 2010 jam 7.30pagi, sehari sebelum ketibaan 1 Ramadhan .... aku dan rakan-rakan yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2009 telah hadir ke Peransang Golf Resort bagi menerima sijil yang dijalankan di sana. Antara rakan-rakan yang terlibat ialah Pn Rosmani, Pn Raja Norazlina, Pn Wan Mariamah, Pn Syarifah Haniza, Pn Norhasimah, Pn Roslina dan Pn Wan Saliana... semoga anugerah ini memberi kami lebih motivasi untuk bekerja dengan dengan amanah, jujur , ikhlas dan cemerlang... Ya Allah berikan kami kekuatan untuk menjalankan amanah Mu ini.....

Terima kasih kepada tuan pengetua yang sudi untuk menunggu giliran untuk sesi bergambar. Majlis ini juga merupakan majlis tuan pengetua yang terakhir di daerah Gombak kerana beliau ditukarkan ke SMK Bukit Sentosa di bawah PPD Hulu Selangor. Kami kehilangan seorang pengetua cemerlang DG54... semoga kekuatan dan semangat tuan pengetua menjadi ikutan kami guru-guru dan staf di SMK Sungai Pusu... setiap yang datang pasti pergi, yang hilang pastikan tumbuh kembali.. adat kehidupan manusia

No comments: