Thursday, August 26, 2010

Majlis Perpisahan Pengetua 2010





Hari/Tarikh: Khamis 26 Ogos 2010 ( 16 ramadan)
Masa : 7.30am - 10.50am
Tempat : Dewan Mutiara Bestari

Ketibaan pengetua di pagar utama disambut oleh barisan pentadbir, YDP PIBG, Tn Hj Mohd Asri , nYDP PIBG Pn Haraza, AJK PIBG, Tn Hj Baharuddin dan Pn Kamaliah serta Pn Noraizan mantan penolong kanan dan sekarang pengetua di SMK Seri Kundang. Pengetua diiringi ke tapak penanaman pokok bunga berhampiran blok C . Aktiviti penanaman dibantu oleh guru dan pelajar MPV dan dilakukan di dalam pasu bunga yang disediakan. Selepas selesai, beliau diiringi ke dataran kejat untuk membuat pemeriksaan lintas hormat perbarisan unit uniform. seterusnya diiringi pula ke dewan dengan iringan paluan kompang. Majlis di dewan bermula seperti yang dirancangkan. Majlis berlangsung dengan lancar dan meninggalkan seribu satu kenangan buat semua warga dan yang hadir ...khususnya tuan pengetua sendiri, individu yang diraikan. semoga beliau terus cemerlang dan kecemerlangan beliau menjadi ikutan warga smk sungai pusu. Terima kasih tuan haji.... terima kasih.... terima kasih atas kepercayaan.

No comments: