Saturday, August 21, 2010

Mesyuarat Pengurusan terakhir bersama mantan pengetua


Isnin 16 Ogos 2010 merupakan mesyuarat pengurusan kali ke 10 bersama pengetua Tn Haji Abdul Karim bin Ihwan merupakan mesyuarat kali terakhir sebagai pengetua di SMK Sungai Pusu. Mesyuarat bermula jam 11.30 pagi berakhir jam 2.20 petang, padat dengan amanat untuk digunakan dalam mentadbir sekolah sepanjang ketiadaan pengetua yang baru. Pn Muslimah akan memangku sementara tugas berkenaan sehingga ketibaan pengetua baru. Semua pentadbir yang hadir berpeluang mengucapkan sepatah dua kata akhir untuk pengetua. Aku rasa bertuah juga kerana kebetulan aku menjadi urusetia mesyuarat kali ini. Semoga tuan haji lebih sukses di sekolah baru dan tidak lupakan SMK Sungai Pusu...kami tumpang bangga kerana tuan haji dilantik sebagai pengetua cemerlang DG52 dan DG54 di sini bahkan beliau turut berjaya mendapat PTK 4 4 bagi kedua-dua kategori... semoga ini memberikan kami suntikan semangat untuk lebih berjaya dan cemerlang di SMK Sungai Pusu. Terima kasih Tuan Pengetua...

No comments: